Seorang wanita yang sudah mendirikan rumah tangga selama 8 tahun berkongsi pengalaman pahit apabila suaminya mengaku telah berkahwin lagi di Thailand tanpa pengetahuannya.
‘Mereka bernikah di Thailand pada Mei 2024’

Lebih memilukan, pengakuan itu dibuat si suami semasa mereka sekeluarga sedang bercuti di Cameron Highlands, baru-baru ini.
Kami bercuti bersama anak-anak di Cameron. Dan bulan ini ulang tahun perkahwinan kami dan hari itu juga dia mengaku dah bernikah dengan kerani di pejabatnya yang juga seorang janda anak dua.
Mereka bernikah di Thailand pada Mei 2024.
Luahan tersebut dikongsikan di Facebook sebelum dimuat naik semula di platform X oleh seorang individu, Meinmokhtar.
Jelas wanita ini lagi, dia yang merupakan seorang peniaga berjaya mendapatkan bukti termasuk pasport dan sijil nikah suaminya di Thailand.
Suaminya pula hanya bergaji sekitar RM1,200 bersih sebulan dan mereka tidak tinggal sebumbung.
Apa perlu saya buat? Saya mahu bercerai memandangkan suami hanyalah bergaji 1200+- bersih. Saya berniaga.
Suami duduk tempat lain. Saya duduk di tempat lain. Antara sebab dia tak bagi saya ikut katanya “tak nak serabut balik kerja.
Wanita ini yang nekad mahu bercerai meluahkan rasa buntu dan tertanya-tanya tindakan apa yang patut diambil terhadap keluarganya dan mentua, suami, keluarga madu dan tempat kerja suami.
Doakan saya kuat ya membesarkan anak-anak. Seorang darjah 1, seorang lagi 1 tahun 8 bulan.
Komen

Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan berang dengan sikap suami wanita ini yang tergamak berpoligami meskipun pendapatannya hanya sekitar RM1,200 sebulan jauh daripada mencukupi untuk menyara dua keluarga.
Ada juga yang menyifatkan tindakan suami itu sebagai tidak sensitif dan pentingkan diri, apatah lagi apabila pernikahan dilakukan secara rahsia di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama.
Susulan daripada itu, mereka berharap agar wanita dan anak-anaknya terus kuat supaya dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.
Sumber: Facebook Peguam & Pengguna Malaysia, X Meinmokhtar
The post Wanita Dedah Suami Gaji RM1,200 Kahwin Diam-Diam Di Thailand, Netizen Tempelak – ‘Bini Satu Pun Tak Mampu Tanggung’ first appeared on OHBULAN!.