26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VLOG] Wawa Zainal and Aeril Zafrel Spend Half a Million to Show Appreciation for Agents and Stockists – ‘Today Departing for Umrah with Cash’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    wawa zainal

    Pasangan selebriti, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel berkongsi rezeki sebanyak RM500,000 kepada stokis dan ejen Wawa Cosmetics 2023 yang sudah membanting tulang sehinggakan syarikat berjaya mencecah RM32 juta pada tahun lalu.

    Bawa tunai umrah

    wawa zainal umrah

    Ketika ditemui , Wawa menyatakan ‘imbuhan’ hampir setengah juta itu termasuk wang tunai sebanyak RM100,000 serta kos perbelanjaan menunaikan ibadah umrah seramai 33 orang.

    Pekerja, stokis dan ejen adalah nadi Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu sehingga kini mampu berdiri gah.

    Selain menghargai mereka dengan mengadakan majlis pengiktirafan dan beri ganjaran wang, macam tahun lepas kami menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah.

    Malam ini (Rabu) kami peruntukan lebih RM100,000 wang tunai buat 10 stokis dan ejen terbaik. Tahun ini, buat pertama kali kami membawa rombongan Wawa Cosmetics ke Tanah Suci hari ini. Saya nak mencari keberkatan.

    Wawa berkata demikian sejurus usai Wawa Gala Appreciation Awards, yang diadakan di Palm Garden Golf Club, pada Rabu.

    Tambah Wawa, 32, dia akan berangkat bersama suami, Aeril Zafrel dan anak ketiga mereka, Ayya Soffya yang kini sudah berusia empat tahun.

    Kata pelakon drama Sabda Kekasih, hadiah yang diberikan ini menjadi pembakar semangat kepada ‘anak-anaknya’ untuk terus meniaga.

    Ini adalah umrah keempat kami berdua, cuma kali ini hanya dapat membawakan Ayya Soffya kerana abang dan kakaknya sedang menghadapi peperiksaan.

    Alhamdulillah, kami masih dapat dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang membantu mengukuhkan jenama syarikat, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus berdaya saing.

    Sasar 50 juta

    wawa ejen stokis

    Dalam pada itu, pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin memberitahu syarikat kosmetiknya mensasarkan keuntungan sebanyak RM50 juta pada tahun ini.

    Tidak mustahil kami mampu mencapai sasaran melihatkan keuntungan tahun ini yang juga bertambah sekali ganda pada tahun sebelumnya iaitu RM18 juta untuk 2022.

    Bersama sokongan pengguna selain semangat ditunjukkan semua stokis, ejen serta seluruh jentera syarikat kami, misi itu bukan mustahil.

    MENARIK:  [VIDEO] Menantu Memilih Bayar Hantaran Mahal dan Simpan Dendam Terhadap Ayah Mentua – ‘Bapak Hanya Akan Melihat Anak Bapak Kali Terakhir’

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.