Pempengaruh dan usahawan, Kieda Crepe tidak sampai hati melihat seorang warga emas berusia 70 tahun berniaga di kaki lima berhampiran kedai jualannya.
Habiskan jualan warga emas
@kiedacrepepenang Rindu abah , semoga semua pahala mengalir buat mama abah saat kieda melakukan kebaikan??????? #kiedacrepe @AMY KIEDA MERCHANDISE @Kiedacrepepenang2 @KiedaCrepeHouse ? Tercipta Untukku Sentimental Piano – Nael N. D.
Melihat cuaca yang seakan mahu hujan, Kieda yang sedang dalam perjalanan pulang mengambil keputusan untuk kembali semula ke arah warga emas tersebut.
Kami dah ‘straight’ nak balik dah tapi tengok macam nak hujan jadi patah balik ke pak cik ini.
Pak cik ini berniaga di kaki lima berhadapan dengan kedai saya.
Risau akan keadaan warga emas itu, pemilik nama Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais ini mengambil keputusan untuk membeli kesemua jagung yang dijual sebelum memberikan wang berjumlah RM500 kepadanya.
Berapa semua ini pak cik? Saya beli semua.
Saya bagi amanah beri pak cik duit, agihkan kepada orang kemudian pak cik balik ya.
Lepas itu pak cik tak usah fikir nak berniaga sampai pukul berapa ke apa.
Di ruangan kapsyen, Kieda sempat meluahkan rasa rindu dan berdoa agar arwah bapanya menerima segala ganjaran daripada kebaikan yang dibuat.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji keprihatinan Kieda terhadap golongan berumur yang mencari rezeki.
Mereka juga mendoakan agar Kieda dimurahkan rezeki dan urusan perniagaannya dipermudah.
Sekadar info, bapa kepada Kieda menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga pada 25 Julai 2023.