29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 19, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Syazwan Zulkifly Tidak Sangka Watak Jaki Disukai Ramai – ‘Mereka Ulas & Anggap Mewarnai Filem’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon hangat, Syazwan Zulkifly mengakui terharu apabila watak Jaki lakonannya dalam filem Blood Brothers: Bara Naga disukai ramai selepas mendapat perhatian netizen.

    Bersyukur diterima ramai

    Ketika ditemui , Syazwan yang melakonkan watak abang kandung Ariff (lakonan Syafiq Kyle) yang sudah lama terpisah berkata selepas filem itu ditayangkan dia menerima banyak mesej berkenaan dengan wataknya.

    Antara maklum balas yang diterima adalah berkenaan watak Jaki yang dianggap mewarnai filem arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra itu.

    Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang sokong dan suka watak ini. Secara jujurnya saya tidak sangka watak ini akan disukai ramai sebab ia bukanlah tumpuan utama dalam filem ini.

    Tapi saya bersyukur sebab watak Jaki ini dapat tumpuan ramai.

    Mereka mengulas semula watak Jaki yang saya lakonkan dan anggap ia mewarnai jalan cerita filem tersebut. Saya rasa tersentuh.

    Bukan pelawak

    Dalam pada itu, aktor berusia 38 tahun itu meluahkan rasa syukur terhadap filem Malbatt: Misi Bakara kerana membantu dia mendapatkan watak Jaki.

    Masa saya ditawarkan watak Jaki, pengarah filem ini, Abhilash maklum dia ada tonton filem Malbatt dan suka lakonan saya dalam filem itu.

    Watak saya dalam filem itu tak banyak dan lawak pun kurang tetapi ia sama seperti dalam filem Blood Brothers.

    Saya bukan pelawak jadi kena buat macam-macam untuk tukarkan dialog jadi lawak. Tapi bila sudah melalui proses latihan di set bersama pengarah ia mungkin menjadi.

    Meskipun wataknya tiada dalam poster filem, Syazwan enggan mengulas lebih lanjut kerana faham dengan strategi pemasaran.

    Saya tiada nak komen pasal gambar tiada dalam poster sebab itu adalah strategi pemasaran dan saya tiada masalah dengan itu.

    Apa yang penting, bila filem itu ditayangkan di pawagam orang akan ingat watak Jaki.

    Tapi memang impian saya mahu kerjasama dengan Syafiq dalam filem ini.

    MENARIK:  TV3 dan Setudio bekerjasama untuk mencipta lagu medley AJL38 untuk pertama kali

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.