Pempengaruh Syamimia, telah menyorot perhatian warganet dengan kecantikannya ketika menghadiri ke sebuah majlis baru-baru ini.
Baju kurang sesuai
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Syamimia kelihatan jelita mengenakan baju berona perak selepas didandan dan disolek.
Bagaimanapun, terdapat warganet yang menegur tentang pakaian yang digayakan Syamimia.
Baju tak berapa kena, yang lain semua perfect!
Tidak cepat melatah, pempengaruh berusia 29 tahun itu menerima teguran tersebut dengan hati yang terbuka.
Terima kasih, insya-Allah saya akan perbaiki mana yang kurang.
Off komen?
Dalam pada itu, terdapat warganet yang mendakwa Syamimia akan menutup ruangan komen andai dihujani dengan kritikan.
Namun, Syamimia menegaskan bahawa dia tidak akan menutup ruangan tersebut tetapi akan bertindak menyekat warganet yang meninggalkan komen melampau.
Boleh sahaja nak komen apa pun, ruangan bebas. Kalau dah melampau sangat, saya block sahaja.
Sebab daripada sakit hati dan mata melihat sampai bertegang lidah dan mengadu domba, baik saya jauhkan.
Saya tak boleh kawal perbuatan manusia, jadi saya kawal diri saya daripada marah atau bergaduh dengan orang asing.
Ingat, block bukan sebab benci dan tak suka tapi mereka sudah melampaui batas.