Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, bersyukur persembahannya pada majlis makan malam rasmi bagi meraikan Presiden China, Xi Jinping serta delegasinya di Putrajaya dipuji ramai.
Terima pujian
Â
View this post on InstagramÂ
Menjawab mengenai video tular ketika persembahannya yang menarik perhatian Presiden China, Siti atau nama lengkap Siti Nurhaliza Tarudin, 46, akui menerima banyak pujian dari rakan terdekat dan kenalan.
Saya dapat mesej dari Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengenai nyanyian saya ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu.
Suami di rumah pun dapat mesej dari kawan-kawannya yang hadir.
Mereka beritahu delegasi dari China menyifatkan nyanyian saya bagus ketika sampaikan lagu klasik Mandarin itu sempurna.
Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri , CTDK Holding dan Yayasan Nurjiwa di One World Hotel, Bandar Utama, pada Sabtu.
Lagu klasik Mandarin
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Purnama Merindu itu menganggap peluang ini sebagai satu penghormatan buatnya sebagai anak seni.
Saya diundang pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk membuat persembahan di Seri Perdana dan jadual saya pula free ketika itu.
Pihak Motac juga banyak membantu dalam kerjaya saya dan ini juga salah satu sumbangan saya pada negara.
Dalam pada itu, Siti akui lagu yang dibawa berjudul The Moon Represents My Heart nyanyian asal oleh Teresa Teng itu telah dinyanyikannya dari zaman awal berkecimpung dalam industri muzik.