26.4 C
Kuala Lumpur
Friday, January 10, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Siti Nordiana & Tomok Mengenangkan Kejatuhan Zaman – ‘Saranan Untuk Tukar Imej dan Pakai Baju Seksi Demi Kembalinya Dalam Industri’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    nana tomok

    Penyanyi Siti Nordiana dan Tomok berkongsi kisah zaman kejatuhan mereka selepas berlaku perubahan terhadap genre muzik di Malaysia.

    Zaman kejatuhan

    @kool101my

    Bukan mudah rupanya untuk Siti Nordiana dan Tomok bertahan sampai ke tahap ini di dalam industri seni tanah air. Disebabkan oleh semangat dan minat dalam bidang nyanyian, mereka terus berusaha mencari ruang dan peluang untuk terus kekal berkarya?? Banyak lagi yang Nana dan Tomok kongsikan di #CloseUp Pagi On Point. Anda boleh Catch Up di aplikasi AUDIO+ sekarang atau YouTube Kool 101. Klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #CloseUp #SitiNordiana #Nana #Tomok

    ? original sound – Kool 101 – Kool 101

    Menerusi temu bual CloseUp Pagi On Point di radio Kool 101, Siti Nordiana atau mesra disapa Nana berkata, ketika itu kebanyakkan pendengar mula cenderung untuk mendengar muzik indie yang menyebabkan lagu-lagu ‘jiwang’ sudah mula dilupakan.

    Masa zaman kejatuhan saya, orang suka lagu indie jadi lagu-lagu ‘leman’ macam saya ni agak kurang mendapat sambutan.

    Susulan itu, pelantun lagu Hati Ku Milikmu tersebut mengambil keputusan mengubah penampilannya untuk membuat kemunculan semula di dalam industri namun usahanya gagal.

    Saya agak struggle ketika itu, terfikir nak kena ubah imej ke? Supaya diterima dalam industri.

    Ada nasihat juga daripada orang sekeliling, ‘kau buatlah macam ni, imej kena tukar, kau ‘cik empung (kampung) sangat.’

    ‘Pakailah seksi sikit sebab zaman sekarang ini memang kau kena nampak wow, kalau nak comeback dalam industri ni’.

    Jadi saya pun cuba, rupanya tak menjadi.

    Dalam pada itu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail yang merupakan vokalis kumpulan New Boyz turut mengalami nasib yang sama.

    MENARIK:  Isteri Simpati Dengan Suami, Selepas Dua Tahun Pernikahan Masih Perawan

    Bagaimanapun, berbekalkan semangat, Tomok bangkit semula sehingga berjaya meraih gelaran juara menerusi program One In A Million pada tahun 2009.

    Tahun 2006 sampai 2008 itu adalah tahun gelap untuk kerjaya saya sebagai seorang artis.

    Comeback saya bermula daripada One In A Million, itu adalah satu batu loncatan yang kena ingat sampai bila-bila.

    Kalau nak diikutkan kita dah hilang semangat sebab kita dah duduk dekat atas, tiba-tiba jatuh. Tak ada show, tak ada lagu, lagu saya orang tak main. Jadi takut dengan perkara itu.

    Tapi sebab semangat, minat bernyanyi dari kecil. Saya cari ruang untuk berada di dalam industri.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.