33.4 C
Kuala Lumpur
Friday, June 20, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tiada Benda Nak Cakap, Saya Masscom Student’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim memilih untuk bergegas balik selepas usai mengendalikan program hiburan, Melodi, pada malam Khamis.

    Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Nafi Rumah Tangga Bergolak, Isteri Datang Mahkamah Tarik Kes

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Punca Cerai Tiada Persefahaman, Isteri Cari Ruang Berdamai Dengan Fikry Ibrahim

    ‘Saya tiada benda nak cakap’

    Foto: Berita Harian

    Meskipun diasak soalan mengenai kenyataan yang bercanggah dengan peguam mewakili isteri, Siti Khalizah Alihan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pagi tadi, Fikry, 31, tetap tenang berjalan menuju ke tempat letak kenderaan.

    Saya tiada benda nak cakap. Saya ‘masscom student’ (pelajar Komunikasi dan Media).

    Pemilik nama Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada pengamal media selain menegaskan segala persoalan sudah dijelaskan dalam program tersebut.

    Terima kasih sangat-sangat sebab datang cuma saya dah beritahu semua dalam Melodi tadi.

    Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan didakwa mempermainkan isu perceraian, Fikry hanya berkata “Alhamdulillah.”

    MENARIK:  Tuduhan Rogol Mondy Terhadap Ebit Lew Tidak Akan Disiasat Lanjut

    Fikry juga menekankan isu rumah tangganya bukan gimik semata-mata.

    Di samping itu, pelawak tersebut memberitahu isterinya sedang menunggu di dalam kereta mewah berjenama Alphard namun kelibat wanita itu tidak kelihatan.

    Ya (datang dengan isteri). Tak mungkin gimik.

    Sebelum ini, ketika mengacara di Melodi, anak jati negeri Kedah menafikan rumah tangganya sedang bergolak dan mengakui saling mencintai antara satu sama lain.

    Pada sebelah pagi Khamis, Siti Khalizah hadir untuk prosiding pertama kes perceraian namun mahkamah terpaksa menetapkan satu tarikh baharu iaitu pada 10 September susulan ketidakhadiran Fikry.

    Pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.

    The post [VIDEO] ‘Saya Tiada Benda Nak Cakap, Saya Masscom Student’ first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.