32.1 C
Kuala Lumpur
Monday, September 15, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Harap Saya Bukan Anak Yang Menyusahkan Mak Ayah Di Akhirat Nanti’ – Amira Othman

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Penyanyi dan pelakon, Amira Othman meluahkan rasa syukur atas doa dan sokongan ibu bapanya yang sentiasa menjadi kekuatan sepanjang bergelar anak seni.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dosa Dengan Manusia Tidak Selesai Sekalipun Syahid’ – Amira Othman Titip Pesanan Buat Umum

    MENARIK:  [VIDEO] Nonny Nadirah Menjual Tuala 'Preloved', Anda Berminat?

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Titip Pesanan Cari Suami Baik – ‘Boleh Masuk Syurga Sama-Sama’

    ‘Doa mak ayah menyelamatkan saya’

    @fatt.mira

    ♬ original sound – Fattah Amin 💕 Amira Othman – Fattah Amin 💕 Amira Othman

    Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman mengakui perjalanan kerjaya dalam bidang nyanyian dan lakonan tidak semudah yang disangka.

    Namun, bersyukur kerana atas doa dan sokongan kedua orang tuanya membuatkan dia mampu bertahan sekali gus menjadikan setiap langkah yang diambil lebih berhati-hati serta berlandaskan restu keluarga.

    Perjalanan menjadi anak seni tak senang, macam-macam pancaroba dia. Tapi saya yakin, doa mak ayah saya ni mungkin menyelamatkan saya daripada tersasar.

    Setiap kali sibuk dengan kerja, kadang-kadang terfikir yang saya tak luangkan masa dengan mereka tapi mak ayah saya sangat memahami.

    Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu turut meluahkan harapan agar suatu hari nanti, jika dikurniakan anak, mereka mampu menyayanginya sebagaimana dia menyayangi ibu bapanya.

    Saya berharap jika saya ada anak suatu hari nanti, mudah-mudahan anak saya nanti mampu menyayangi saya sepertimana saya sayang mak ayah saya.

    Saya harap saya bukan anak yang menyusahkan mak ayah saya di akhirat nanti, sebab kita tahu setiap apa yang kita buat dekat dunia ni, akan direkod.

    Ujar Amira, setiap langkah dalam hidupnya bukan sekadar membawa nama sendiri tetapi turut membawa maruah dan nama baik keluarga, terutama kedua ibu bapa.

    Saya tak tahu apa ujian saya akan datang, tapi saya yakin dan melihat apa yang jadi dalam hidup saya, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa. Kita tak tahu bila akhirnya disetiap kebaikan itu Allah tolong kemudiannya.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Saya Harap Saya Bukan Anak Yang Menyusahkan Mak Ayah Di Akhirat Nanti’ – Amira Othman first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.