Pelakon jelita, Ruhainies memberikan jaminan bahawa dirinya tidak akan bertunang dengan bekas suami kepada Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.
‘Tak akan berlaku’
Ketika ditemui , Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas berkata, dakwaan tersebut sangatlah merepek sehingga mendatangkan salah faham.
Tak akan berlaku ( bertunang). Tak adalah, hal itu pun ( penyebaran berita pertunangan) merepek. Makin lama makin merepek.
Saya pun tak tahu siapa yang buat benda itu. Tiba-tiba media jadikan ia bahan berita. Saya rasa sedihlah juga kerana berita tak sahih dikeluarkan.
Ruhainies berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas prosiding pertuduhan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.
Perosak rumah tangga?
Ketika ditanya mengenai responnya terhadap sindiran dan tuduhan Bella Astillah yang mendakwa dirinya sebagai perosak rumah tangga, pelakon berusia 32 tahun itu enggan memberikan sebarang komen.
Menurut Ruhainies, dia tidak mahu menjawab pertanyaan tersebut kerana mahu memberikan fokus terhadap tuduhan kes khalwat yang berlangsung, hari ini.
Soalan ini terlalu berat. Mengenai hal itu, apa yang boleh diatakan, kes hari ini melibatkan kes khalwat, kalau boleh saya memang tak nak sentuh mengenai isu itu.
Insya-Allah nanti kita jawab pada masa yang sesuai nanti.
Tambah Ruhainies, isu yang melanda ketika ini sedikit sebanyak mengganggu fikirannya.
Tentulah rasa terganggu juga. Saya pun manusia biasa bukan.
@official Replying to @???? ????? Awwww Ruhainies excited nak jumpa min ? # #sembangentertainment #aliffaziz #ruhainies #mengaku #tak #bersalah #khalwat ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu, Ruhainies dan Aliff Aziz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kes khalwat melibatkan mereka pada 9 Mac lalu.
Kedua-dua mereka membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie Abu Suffian Abu Yaziz.
Imbas kembali, pada 9 Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Aliff dan Ruhainies ditahan Jawi di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.
Mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan sekitar pukul 2 petang hari sama.