Tiada angin tiada ribut, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Cerai talak satu
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Dr Rushdi telah melafazkan cerai talak satu kepada penyanyi berusia 51 tahun itu.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah.
Untuk info, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada tahun 1992 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.
Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.
Video
Â
View this post on InstagramÂ