26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Puteri Sarah Menunjukkan Kekuatan dengan Keringkan Air Mata

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Puteri Sarah Liyana lega apabila kemelut rumah tangga selama empat tahun dengan bekas suami, Syamsul Yusof akhirnya berakhir dengan bercerai talak satu.

    Syukur selesai

    Ketika ditemui , Puteri Sarah bersyukur kerana mereka akhirnya mencapai kata putus secara baik.

    Alhamdulillah semua selesai. Semalam kami ada berjumpa dan sudah selesaikan semuanya dari A sampai Z (lebih details).

    Ditanya momen ketika bersalaman buat kali terakhir dengan Syamsul, Puteri Sarah tersenyum.

    Biar saya seorang saja tahu.

    Tak ada halangan jumpa anak-anak

    Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menyatakan hak penjagaan anak-anak diberikan sepenuhnya kepadanya.

    Namun, sebagai ibu dia tidak menghalang Syamsul untuk bertemu dengan kedua cahaya mata mereka pada bila-bila masa sahaja.

    Hak penjagaan anak-anak dekat saya. Tapi Syamsul boleh jumpa tanpa halangan.

    Takda jadual untuk Syamsul untuk berjumpa dengan anak-anak. Tak payah la.

    Pelakon drama Andai Itu Takdirnya berharap agar persahabatan dengan bekas suami kekal jernih demi kebaikan anak-anak.

    Harapan agar selepas ini tiada lagi persengketaan dan kita berbaik macam biasa. Macam kita dah berjanji.

    Kontroversi rumah tangga pasangan selebriti, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana berakhir apabila disahkan bercerai hari ini (Rabu).

    MENARIK:  Jangan Terlalu Gigih Mencari Keserasian,' Pesan Wawa Zainal kepada Aeril Zafrel

    Talak satu itu dilafaz di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tepat jam 12.25 petang di hadapan hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.

    Mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

    Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

    Video

    @official Replying to @zuebaidah Sarah happy ??# #news #PuteriSarah ? original sound – OHBULAN!

     

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.