26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Permintaan Maaf Danish Hakim Berkenaan Pertikaian Nama ‘Anak Norman & Abby’ – ‘Saya Menghormati Mereka, Tanpa Mereka Saya Siapa’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Susulan luahan rasa kurang senang dengan panggilan yang diterima daripada segelintir individu, anak sulung kepada pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Mohamed Danish Hakim tampil membuat permohonan maaf.

    Hanya salah faham

     

    Post by @danishhakimofficial
    View on Threads

     

    Menerusi video yang baru sahaja dimuat naik di Threads, Danish menjelaskan bahawa dia hanya menulis kenyataan tersebut secara spontan berikutan ramai yang mengenalinya sebagai ‘anak Abby atau Norman’ berbanding nama sendiri.

    Saya ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya telah menimbulkan salah faham terhadap orang ramai. Sebenarnya threads itu saya tulis secara spontan sahaja.

    Sebab kebiasaannya sebelum ini memang orang akan tegur, anak Norman Hakim..anak Abby Abadi. Tadi pun baru sahaja yang panggil saya begitu.

    Dalam masa yang sama, anak muda berusia 21 tahun itu juga berkata, dia amat menyanjungi kedua ibu bapanya yang disifatkan sebagai contoh terbaik.

    Saya hormati kedua ibu bapa saya, yang telah membesarkan saya dengan baik.

    Mereka adalah ‘role model’ saya..untuk saya berjaya dunia dan akhirat. Tanpa mereka maka tiadalah Danish Hakim.

    Mama, papa..saya pun nak berjaya macam awak berdua.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Danish untuk tidak mengambil pusing akan perkara tersebut.

    Terdahulu, kenyataan Danish telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet dan menyifatkan ianya agak kasar serta dia sepatutnya tidak berkata sedemikian.

    MENARIK:  Nora Ariffin Berkongsi Video Dua Sifat Isteri Yang Allah Tidak Sukai, Netizen Memberi Respon Positif

    Sekadar info, Abby dan Norman pernah berkahwin pada 2002 dan dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.

    Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan memiliki tiga anak, manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.