27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Puji Aliff Syukri Solat Awal Waktu Sebelum ‘Live’ Jual Beg Tangan – ‘Patutlah Berjaya, Dia Tak Pernah Lupa Allah’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri bukan sahaja dilihat sebagai ahli perniagaan yang berjaya tetapi dia juga memiliki sisi positif lain yang boleh dijadikan contoh.

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Tewaskan Khairul Aming, Rampas Takhta Jualan Tertinggi Penstriman Langsung

    MENARIK:  Selamat Bersalin, Eyra Hazali Timang Anak Ketiga – ‘Alhamdulillah, Seorang Lagi Keeper Mama Papa Lahir'

    Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Cabar Diri Mahu Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records

    Dirikan solat

    @acpsevent

    Catering di AS Palace today 3 Aug 2025 Live Tiktok Malaysia Books Of Records 1.2 millions sale within 2 minutes Congrats DS @Dherbs Terlajak Laris & DS @Nur Shahida Mohd Rashid #ACPSCatering #EventPlannerMalaysia

    ♬ original sound – syaikhul⬜🇲🇾🇵🇸 – syaikhul⬜🇲🇾🇲🇨🇵🇸

    Menerusi perkongsian sebuah syarikat pengurusan acara dan katering iaiu Aina & Co. Party N Such, kelihatan pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman itu sedang mendirikan solat.

    Difahamkan, usahawan berusia 38 tahun tersebut melaksanakan solat sebelum melakukan sesi siaran langsung jualan beg tangan.

    Sebelum live tadi, masuk je waktu maghrib Datuk Aliff terus solat.

    Pujian netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Aliff yang mendirikan solat di awal waktu dan mengutamakan perintah Allah SWT.

    Jangan puji dia solat maghrib, entah-entah setiap malam dia pulun buat tahajud juga sebab tu rezeki dia luar biasa.

    Menjaga solat di awal waktu itu luar biasa, contoh yang baik.

    Ini patut kita contohi, patutlah dalam beberapa saat je habis beg tangan dia terjual, dia jual RM45k pun ada yang beli.

    Nak berjaya dalam hidup, kena dahulukan akhirat.

    Patutlah dia berjaya, dengan tuhan dia tak pernah lupa.

    Terdahulu, Aliff berjaya mencapai pungutan jualan RM 1 Juta terpantas menerusi jualan penstriman langsung (TikTok Shop) sekaligus melayakkan namanya dimasukkan ke dalam Malaysia Book Of Records.

    Rekod ini bukan sahaja berjaya mencipta rekod baharu dalam Malaysia sebagai jualan beg tangan terlaris, malah turut berjaya memecahkan rekod sedia ada yang dipegang oleh Khairul Aming melalui jualan Sambal Nyet dengan catatan masa 3 minit 28 saat.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Netizen Puji Aliff Syukri Solat Awal Waktu Sebelum ‘Live’ Jual Beg Tangan – ‘Patutlah Berjaya, Dia Tak Pernah Lupa Allah’ first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.