27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 17, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Jodohkan Dengan Aisar Khaled, Ini Jawapan Ria Ricis – ‘Dia Lelaki Baik, Sopan & Kelakar’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis menyifatkan pempengaruh media sosial, Aisar Khaled sebagai seorang lelaki yang baik dan berbudi bahasa.

    Netizen jodohkan Ricis dan Aisar

    @vhiscorpio #lewatberanda #masukberanda #fyp #foryoupage #fypage #aisarkhaledd #aisarsultanmalaysia #riaricis ? Sedang Ingin Bercinta – Dewa 19

    Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok memaparkan pengamal media di Indonesia bertanyakan kepada Ricis atau nama lengkapnya Ria Yunita tentang kolaborasinya bersama Aisar.

    Seronok bekerjasama dengan Aisar, banyak lagi projek yang kami akan bekerjasama.

    Aisar dan kawan-kawan dia juga sangat baik, sopan dan kelakar. Pengikut Aisar di media sosial juga baik-baik.

    Tak dinafikan, keakraban dan ‘chemistry’ yang ditunjukkan oleb kedua-dua nama besar ini menerusi konten-konten yang dimuat naik di media sosial menarik perhatian ramai. Malah, netizen mula menjodoh-jodohkan mereka berdua.

    MENARIK:  Aina Abdul Menang Paling Popular di ABPBH 36 dengan Lebih 8 Juta Undian! - ‘Jangan Putus Asa, Allah Di Atas’

    Ketika disoal mengenai perkara itu, Ricis menjelaskan bahawa hubungannya dengan Aisar tidak lebih daripada seorang kawan.

    Dia juga berharap agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sebaliknya memahami tugas mereka sebagai pencipta kandungan.

    Sebenarnya kalau berkolaborasi dengan sesiapa sahaja, saya memang professional. Tak ada berjodohan atau apa-apa, pengikut saya pun dah faham kalau saya berkolaborasi dengan sesiapa sahaja mesti kontennya seronok.

    Tapi saya tak salahkan mereka yang jodoh-jodohkan saya, itu tanggapan dan hak mereka.

    Untuk rekod Ricis pernah mendirikan rumah tangga dengan Teuku Ryan pada 12 November 2021 dan mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Cut Raifa Aramoana.

    Namun, pasangan itu sah bercerai pada tahun lalu, 2024.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.