24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, November 29, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Video: Neelofa Membalas Dakwaan Tidak Bertimbang Rasa Ketika Memberi Pendapat – ‘Topik Mengenai Mak Ayah Tidak Mudah Untuk Diperdebatkan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Neelofa

    Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa tampil memberi penjelasan berhubung isu dikatakan dirinya tidak bersikap empati ketika memberi pandangan kepada seorang pemanggil di segman 3 Pagi Era, baru-baru ini.

    Akui ketidaksempurnaan

    Neelofa

    Ketika ditemui OhBulan, Neelofa berkata dia mengakui kelemahan dan ketidaksempurnaannya ketika memberi pandangan mengenai luahan kesedihan pemanggil itu yang ditinggalkan ibu kandung ketika kecil sehingga dia tidak dapat memafkan perbuatan tersebut.

    Apa yang saya cakap dalam waktu yang singkat tu tidak lengkap, saya faham bila orang cakap tak sentuh aspek lain seperti mental health. Saya akui benda itu, mungkin kelemahan dan ketidaksempurnaan saya memberi pandagan.

    Tapi bila sentuh fasal mak ayah ini, penjelasan dalam bab agama itulah dia. Itulah yang saya tak boleh tukar, ini bukan apa yang saya cakap, tapi ini yang Allah cakap dalam Quran dan apa yang Nabi sebut dalam hadis-hadisnya.

    Neelofa berkata demikian ketika ditemuui pada majlis Tayangan Raya Astro yang diadakan di Le Meridien Hotel, Petaling Jaya, pada Rabu.

    Melanjutkan bicara, isteri kepada pendakwah Haris Ismail itu berkata, apa yang disampaikan ketika itu juga merupakan reaksi spontan dan menjelaskan dia tidak mempunyai masa yang panjang untuk memberikan huraian lengkap.

    Masa itu saya pandang Nabil cakap ‘Ya Allah aku tak sempat nak jadi terapi cakap fasal benda ini’. Tapi secara spontan, itu adalah reaksi dan jawapan daripada saya yang mana sudah tentu kita tak ada masa lima atau 10 minit untuk hurai.

    Tapi lagi sekali, saya mengakui kelemahan dan ketidaksempurnaan saya dalam memberi pandangan itu. Kalau saya dapat masa untuk huraikan, Insya-Allah dengan adanya video daripada semua (media) mungkin orang itu memahami.

    Sebenarnya ada baca la beberapa orang mesej dan DM cakap ini sepatutnya cara jawab. Tapi saya tak ambil kira, mungkin saya setuju juga. Mungkin saya tak beri jawapan yang lengkap yang mengambil kira perasaan, keperitan dan kesukaran. Itu saya mengaku dan saya akur.

    Bukan ustazah

    neelofa ilmu

    Mengakui dirinya bukan seorang ustazah, Neelofa berkata perkara berkaitan ibu bapa bukanlah satu topik yang mudah untuk diperdebatkan, sebaliknya dia hanya berkongsi sedikit pandangan.

    Saya bukan ustazah atau orang yang layak bercakap tapi sekadar kongsi sikit. Bila cakap tentang mak ayah memang susah nak diperdebatkan. Reda Allah bergantung pada reda mak ayah, berkat Allah adalah berkat daripada mak ayah juga, kalau mak ayah tak reda macam kita nak reda Allah.

    Apa yang adik itu lalui iaitu membesarkan adik-adik tanpa mak ayah, sudah pasti tiada siapa yang mahu berlaku atau ingin lalui, Allah beri kekuatan untuk dia, ibu dia datang penuh penyesalan, carilah sedikit ruang untuk memaafkan.

    Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata tidak adil jika orang ramai menilai kehidupannya memandangkan dia juga dibesarkan dalam keluarga yang ibu bapa bercerai.

    Tidak adil untuk seseorang menilai hidup orang lain ‘tak apa la hidup dia sempurna, tak susah’. Saya tak pernah kongsi tentang ibu bapa saya. Saya datang daripada keluarga yang bercerai.

    Kisah hidup saya, dengan mak ayah saya, tak sempurna sebab itu saya tak kongsi. Tak semestinya saya baik-baik saja. Tapi kita lalui hidup ini dengan cara mana apa yang betul yang diajar.

    MENARIK:  [VIDEO] Nadia Annuar Emosi Kenang Momen 'Tinggalkan' Anak, Terpaksa Mengambil Ubat Tidur Waktu Malam

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.