Usahawan popular, Christy Ng menyifatkan anugerah yang diterima iaitu Majikan Pesona LINDUNG oleh pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebagai satu pengiktirafan terhadap komitmen dirinya dalam menjaga kebajikan dan keselamatan sosial para pekerja.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng Spontan Buat ‘Content’ Dengan The Bengap Brothers – ‘Tak Sangka Popular’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Christy Ng ‘Restock’ Pantri Cecah RM40K, Siap Sedia Barangan Mandi
Motivasi kerja keras

Ketika ditemui , pemilik nama Christina Mei Mei Ng itu berkata penghargaan itu juga menjadi satu motivasi untuknya bekerja lebih keras menjaga kebajikan pekerja.
Selain Christy, terdapat enam usahawan selebriti yang turut menerima penghargaan itu, antaranya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Yusof Haslam, Noor Neelofa serta pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.
Saya memang sangat terharu, terima kasih sangat-sangat kepada Perkeso kerana memberi penghargaan ini.
Saya memang betul-betul tidak sangka akan dapat.
Saya rasa ini adalah satu motivasi kepada saya untuk buat lebih baik sebagai majikan.
Saya harap semua majikan di luar sana cuba yang terbaik dengan membina persekitaran yang lebih baik untuk semua pekerja.
Pesanan

Dalam pada itu, Christy berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menyediakan keperluan buat pekerja kerana mereka menghabiskan banyak masa di pejabat melaksanakan tugas mereka.
Kalau pekerja sudah habiskan masa sebanyak tujuh hingga lapan jam sehari bekerja, saya rasa itu sudah menjadi tanggungjawab saya menyediakan keperluan asas seperti minuman, makanan dan lain-lain.
Dalam kesempatan itu, Christy turut menitipkan pesanan buat anak-anak muda supaya tidak mengetepikan pelajaran hanya kerana mahu mengejar minat menjadi usahawan.
Belajar itu penting, kalau ada peluang untuk sambung belajar teruskan. Kalau tiada sijil kebarangkalian untuk berjaya rendah berbanding dengan mereka yang ada sijil.
Kalau nampak mereka yang tiada sijil berjaya, jangan ingat kalian juga akan berjaya seperti mereka kerana dia adalah satu daripada berjuta orang.
Semua orang berlainan, kalian tidak sama seperti mereka. Jangan bandingkan diri dengan orang lain.
The post [VIDEO] ‘Motivasi Untuk Saya Jadi Majikan Lebih Baik’ – Christy Ng first appeared on OHBULAN!.