30.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Minta Izin Dulu, Risau Nampak Tak Manis’ – Fattah Amin Dedah Restu Ibu Bapa Jadi Kunci Hubungan Dengan Amira Othman

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon popular Fattah Amin berkongsi tentang kepentingan memohon restu daripada ibu bapa sebelum memulakan perhubungan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Suka Borak Topik Agama & Tujuan Hidup – ‘Kami Berdua Sama Pemikiran’

    MENARIK:  Leona Memilih Calon Suami Yang Lebih Matang Untuk Kahwin Tahun Depan - 'Gigi Teratur, Muka Tak Kacak Sangat'

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pasangan ‘Rakan Serumah’ Syukur Majlis Nikah Dipermudah, Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’

    Mohon restu

    @butterrrrflys

    #fattahamin #amiraothman

    ♬ bunyi asal – Nanoo – Nanoo

    Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, mendedahkan bahawa dia meminta izin kepada ibu bapa isteri, Amira Othman terlebih dahulu untuk mereka berkawan dan menjalinkan kolaborasi bersama.

    Kena minta restu daripada ibu bapa kita dan juga pihak sana (Amira).

    Pada mulanya saya minta izin mereka untuk berkawan dahulu dengan Amira.

    Lagi pula kami pun banyak bekerjasama bila bekerja, jadi tak manis untuk Amira.

    Hubungan yang diberkati

    Menurut Fattah, tindakannya itu adalah sebagai tanda hormat terhadap Amira dan keluarganya selain mementingkan berkat daripada ibu bapa.

    Client masa itu pun ramai yang nak gandingan saya dan Amira. Saya risau nanti nampak tak manis terutama pada keluarga Amira.

    Jadi saya pun mula kenal keluarga dia dan semuanya jadi lagi senang.

    Bila ada restu mak ayah dan ada berkat, Allah akan mempermudahkan.

    Terdahulu, Fattah dan Amira selamat diijakbulkan dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Sepang, Selangor, pada malam Ahad.

    Dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Fattah dan Amira sah menjadi pasangan suami isteri dengan hanya sekali lafaz.

    Mulai 19 September, setiap hari Jumaat jam 9.00 malam, saksikan Setulus Takdir: Fattah Amira untuk mengikuti perkembangan terbaru kehidupan mereka sebagai suami isteri.

    Unifi TV akan menyiarkan liputan eksklusif majlis akad nikah, bulan madu, aktiviti kebajikan dan banyak lagi. Semua ini eksklusif di saluran Inspirasi, di Unifi TV.

    Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.

    The post [VIDEO] ‘Minta Izin Dulu, Risau Nampak Tak Manis’ – Fattah Amin Dedah Restu Ibu Bapa Jadi Kunci Hubungan Dengan Amira Othman first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.