25.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Marissa Dania Mengungkapkan Hubungan Erat Antara Anaknya, Aslam, Dengan Abby Abadi Selepas Berita Kematian – ‘Aslam Lebih Dekat Dengan Papa’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pempengaruh Marissa Dania memberitahu dia tidak pernah membelakangkan ibunya, pelakon Abby Abadi susulan dakwaan merahsiakan berita kematian anak sulungnya, pada Ogos lalu.

    ‘Akhirnya mama tahu’

    Marissa berkata, berita duka tersebut hanya dimaklumkan kepada bapanya Norman Hakim kerana suaminya, Ahmad Aslam lebih selesa berinteraksi dengan aktor tersebut.

    Mama tak tahu sebab Aslam lagi rapat dengan papa (Norman) dan papa sahaja yang dimaklumkan tentang perkara itu.

    Malah dengan mummy (Memey) pun dia tak beritahu sebab dia lebih selesa untuk bercakap lelaki dengan lelaki, itu sahaja sebabnya. Tidak bermaksud saya ketepikan mama, akhirnya mama dapat tahu juga.

    Hubungan saya dengan mama (Abby) okay sahaja, mengenai isu keluarga itu. Adalah sebabnya dan tiada apa pun.

    Marissa menjelaskan perkara itu ketika ditemui di acara Zumba with Abby Abadi dan pelancaran produk terbaharu Inayah Beauty iaitu Honey Lemon yang berlangsung di ibu kota, pada Sabtu.

    Dalam pada itu, Marissa turut menjelaskan mengenai tindakannya meninggalkan komen di Instagram Abby yang mengatakan ibunya itu tidak membalas pesanan mesej yang dikirim.

    Memang saya nak menghubungi mama, tetapi niat saya ketika itu hanyalah untuk bergurau sahaja.

    Bercerita lebih lanjut, Marissa menganggap belum rezeki untuk dia dan suami menimang cahaya mata.

    Tentulah kami sedih kerana kehilangan anak tapi kena kuatlah. Saya dan suami okay. Kami bersama-sama harungi dugaan ini dan anggap dah tak ada rezeki, jadi nak buat macam mana.

    Terdahulu, bayi sulung kepada Marissa dilaporkan telah meninggal dunia sewaktu dilahirkan dalam keadaan pra matang.

    MENARIK:  Watie Mohon Maaf Kerana Membandingkan Uwais Dengan 'Orang Asli', Tiada Niat Untuk Menghina Kaum Lain

    Difahamkan, Marissa yang sedang hamil enam bulan ketika itu terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut.

    Sementara itu, suami kepada Marissa, Ahmad Aslam mengesahkan berita tersebut dan meminta orang ramai mendoakan isterinya kembali sihat.

    Imbas kembali, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023 sekali gus bergelar madu kepada isteri pertama lelaki terbabit iaitu Umisya Mazlan.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.