26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Madammu Beri Nasihat kepada Netizen, Marah Diminta Memberi Pendapat Mengenai Perceraian Fattah & Fazura – ‘Perhatikan Keluarga Kita, Jangan Campur Tangan dalam Rumah Tangga Orang’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Usahawan dan pengasas produk kecantikan, Madammu meminta agar netizen berhenti masuk campur urusan rumah tangga pasangan pelakon, Nur Fazura dan Fattah Amin.

    ‘Kenapa kita nak ulas hal rumah tangga orang?’

    Madammu atau nama lengkapnya Erica Baiduri berkata demikian selepas diminta oleh netizen untuk mengulas mengenai perceraian pasangan itu ketika bersiaran langsung di TikTok.

    Itu kan rumah tangga dia, kenapa kita nak ulas hal rumah tangga orang lagi-lagi tentang perceraian. Itu adalah cerita tak bagus, siapa yang nakkan perceraian. Semua orang tak nak perceraian.

    Dalam pada itu, Madammu berharap agar para peminat Fattah dan Fazura tidak terlalu keterlaluan dalam hal tersebut kerana mereka tidak tahu apa yang dilalui pasangan itu.

    Itu kan kasut mereka, kita tak pakai pun kasut mereka. Kita tak tahu pun apa yang mereka lalui, kita hanya tengok dari luar je.

    Sebagai peminat Fattah dan Fazura, jangan lah bila Fazura dah jelaskan kemudian korang pergi bergosip dengan orang lain. Kita tak tahu apa yang akan kita lalui nanti.

    ‘Hati-hati bila bercakap’

    @_miraa…_ #doayangbaikbaik #jagatepikainsendirisudah #sudahsudahlah #fattzura #madammu #makcikbawang #positivevibes ? original sound – _mira…_

    Tambah Madammu lagi, sebaliknya orang ramai perlu mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pihak dan bukannya menjadi batu api apatah lagi gembira dengan kesedihan orang lain.

    Lagi-lagi yang dah berumah tangga tu. Hati-hati bila bercakap, sebab apa yang kita cakap tu doa untuk diri kita.

    Bila kita tahu mereka dah berecrai, doakan yang terbaik, Mungkin itu yang terbaik buat kedua-duanya. Tak perlu kita ulas, kita dengar, tengok dan doakan.

    Sudahlah, berhentilah. Tak baik. Jangan terlampau alpa, ghairah sangat dengan kesedihan orang. Kita pun ada keluarga, ada suami. Tengok suami kita, jangan sibuk rumah tangga orang.

    Terdahulu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu sekitar pukul 9.45 pagi pada Isnin. Lafaz itu tersebut dibuat di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh.

    MENARIK:  Marsha Milan Akan Membawa Budaya Sabah Ke Peringkat Antarabangsa Di China

    Pada 13 September lalu, Fazura mengejutkan ramai apabila memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima yang kini berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.