Selepas sekian lama menyepi, kemunculan ahli kumpulan Senario, Yassin menerusi siaran langsung di TikTok pada Ahad telah mencuri perhatian ramai.
Yassin muncul di TikTok live
@rifkarl85official ????????? ????????#fyp #fypage #tiktokviral #fyppppppppppppppppppppppp ? Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
Yassin muncul di sesi siaran langsung bersama penyanyi dan pengacara, @Rifkarl85Official, sekali gus menamatkan spekulasi mengenai kehilangannya sebelum ini.
Kemunculan Yassin atau nama lengkapnya Yassin Yahya dalam sesi siaran langsung tersebut membuatkan para peminat gembira dan teruja malah tidak sabar menanti kepulangannya.
Bagaimanapun, ketika ditanya mengenai kehilangannya, Yassin memilih untuk tidak memberikan penjelasan lanjut dan lebih selesa berdiam diri.
Difahamkan, pelawak dan penyanyi itu kini masih berada di Arab Saudi dan dijangka akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat.
Sebelum ini media melaporkan, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Jeddah, selepas disyaki terbabit memiliki dadah jenis ganja namun tidak mendedahkan identitinya.
Pelawak itu dilapor sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara itu bermula November lalu.
Sumber dilapor berkata, pelawak itu berkemungkinan akan dibebaskan lebih awal dari tempoh yang ditetapkan sekiranya berkelakuan baik.