26.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 14, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Video: Kita Akan Merasa Tenang Jika Kita Mengikhlaskan Segala Sesuatu yang Terjadi dalam Hidup – Alif Teega

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Di Instagram, pempengaruh Alif Teega dilihat memuat naik satu video yang menunjukkan dirinya sedang berbicara mengenai topik ikhlas.

    Pasti akan tenang

    Menerusi video pendek tersebut, Alif berkata, setiap manusia tidak boleh mengharapkan kebahagiaan semata-mata. Pada masa yang sama, perasaan kecewa dan luluh dalam hati juga tidak boleh ditolak.

    Kita perlu terima setiap rasa yang kita lalui dalam hidup kita. Kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia. Kita juga tidak boleh menolak kecewa, luluh dalam hati kita.

    Kerana itulah fitrahnya. Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti dan pasti kita akan tenang.

    Ujar Alif lagi, mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup pasti memperoleh hasil yang indah iaitu tenang.

    Terdahulu, isteri Alif iaitu Aisyah Hijanah Azhari memfailkan tuntutan cerai itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.

    Walau bagaimanapun, pempengaruh berusia 26 tahun itu enggan berkongsi lebih lanjut mengenai sebab utama dirinya memfailkan cerai.

    Ibu kepada tiga orang anak ini turut memohon orang ramai untuk mendoakan agar urusan rumah tangganya dipermudahkan.

    Dari bulan lepas sebenarnya (Ogos fail cerai), doakan saya sebab ujian saya sangat berat.

    Ditanya tentang keputusan mahu bercerai, Aisyah enggan berkongsi lanjut kerana perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan.

    MENARIK:  [VIDEO] Jue Aziz Berkongsi Momen Perkahwinan Baru Di Instagram

    Sekadar info, Aisyah dan Alif atau Mohd Hazalif Mohd Hazani mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.

    Imbas kembali, Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung pada 18 November tahun lalu.

    Video

    View this post on Instagram

    A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

     

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.