26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kieda Crepe Membelikan Suami Honda Civic FL5R Sebagai Hadiah Hari Lahir – ‘Berterima Kasih Kerana Berani Bertindak Meski Dikecam oleh Ramai’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Usahawan dan pempengaruh terkenal, Kieda Crepe meraih perhatian apabila berkongsi momen dirinya membuat kejutan sempena hari jadi suami tercintanya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki menerusi hantaran di TikTok.

    Hadiahkan suami Honda Civic FLR5

    @kiedacrepepenang Selamat hari lahir @AMY KIEDA MERCHANDISE , terima kasih tak pernah langsung keji kieda even satu malaysia mengecam kieda sampai sekarang walaupun takda punca ? Terima kasih jadi tulang belakang kieda , supporter yang kuat untuk kieda terus melangkah. Suami yang baik adalah suami yang selalu memberi nasihat kepada isteri. Yaa , kamu suami yang patut saya hargai ? Minta maaf lewat bagi hadiah , Allah uji saya hilang barang yang saya sayang. Tapi Allah gantikan dengan kenderaan yang kamu minat ? Tak lupa juga , terima kasih @SA Autoworld ?? urusan semua ni. Dari deal beli kereta sampai delivery kereta semua terbaik. Semoga Allah memperluaskan lagi rezeki anak bangsaku . Terima kasih layan kieda dgn baik even waktu kieda p beli kereta ni cuma naik moto dan berpakaian biasa biasa . Terima kasih tak select! Kamu layak untuk lebih maju jaya ?? Syukur Alhamdulillah .. Rezeki Allah bagi Pinjaman di Dunia.. #fl5 #fl5typer ? YangTerindah – Ika ??

    Menerusi hantaran tersebut, Kieda atau nama sebenarnya Nur Khalieda Yusra, dilihat menutup mata suaminya dengan sehelai kain hitam sebelum membawa suaminya itu ke luar perkarangan kedai perusahaannya.

    MENARIK:  Yuna ingin habiskan masa dengan keluarga dalam berehat panjang di Malaysia hingga Oktober - "Saya juga ingin memberikan sumbangan kepada komuniti seni"

    Dapat dilihat, Kieada menghadiahkan sebuah kereta mewah jenis Honda Civic FLR5 berwarna biru muda yang diletakkan di atas sebuah lori sambil dihiasi bersama belon-belon.

    Momen manis suami isteri itu turut disaksikan beberapa orang pekerja Kieda.

    Dalam pada itu, usahawan berusia 27 tahun menitipkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat suaminya menerusi ruangan kapsyen

    Menurut Kieda, suaminya adalah seorang insan yang sentiasa berada di sisinya ketika menerima kejian dan hinaan orang ramai.

    Selamat hari lahir buat suamiku, terima kasih sebab tak pernah langsung keji Kieda walaupun satu Malaysia mengecam saya sampai sekarang.

    Terima kasih jadi tulang belakang dan penyokong kuat untuk Kieda terus melangkah.

    Suami yang baik adalah suami yang selalu memberi nasihat kepada isteri.

    Minta maaf lewat bagi hadiah, Allah uji saya hilang barang yang saya sayang tapi Allah gantikan dengan kenderaan yang kamu minat.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa kagum dengan Kieda dan tumpang gembira melihat kejayaan usahawan tersebut sehingga mampu memberikan yang terbaik buat tersayang.

    Netizen juga berdoa agar kejutan yang dibuat ini menjadi asbab buat Kieda untuk berjaya dalam perniagaannya.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.