Pempengaruh media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming berkongsi caranya mengatasi masalah dan tekanan hidup sepanjang menjadi pencipta kandungan.
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Nasihat Anak Muda Utamakan Pendidikan
Artikel Berkaitan: Khairul Aming Lebih Tenang Pergi ‘Shopping Mall’ Luar Negara
Tak lari dari masalah
Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Khairul atau nama lengkapnya Khairul Amin Kamarulzaman, menyatakan bahawa dia tidak suka lari dari masalah.
Ujarnya, selagi masalah atau tekanan belum diselesaikan, dia tidak akan tenang.
Saya tak suka lari dari masalah.
Kalau ada masalah, tiba-tiba pergi bercuti. Saya tak suka.
Saya akan berdepan dengan masalah. Kalau stres, saya selesaikan segera.
Saya jenis yang kalau belum selesai, saya tidak akan bertenang. Jadi, nak tak nak saya paksa untuk diselesaikan.
Dalam pada itu, usahawan berusia 32 tahun itu sempat menitipkan pesanan agar sentiasa berani berhadapan dengan masalah.
Sumber: TikTok @FansKhairulAming
The post [VIDEO] Khairul Aming Tak Lari Dari Masalah, Hadap Stres Tanpa ‘Short Vacay’ first appeared on OHBULAN!.