26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kemungkinan Cerai Hari Ini: Syamsul & Puteri Sarah

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Pelakon Puteri Sarah Liyana berharap agar kemelut rumah tangga dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof berakhir hari ini.

    Semoga berpisah

    Menurut Puteri Sarah, dia enggan lagi kemelut ini berpanjangan.

    Insya-Allah harap boleh selesai semuanya.

    Doa harapnya semoga kita berpisah.

    Kemungkinan bercerai

    Sementara itu, peguam syarie yang mewakilinya, Datuk Akberdin Abd Kader memberitahu prosiding penceraian yang berlangsung hari ini dijangka menjadi penamat.

    Hari ini adalah perbicaraan untuk pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa Puteri Sarah sebelum ini dan juga status permohonan cerai baru.

    Insya-Allah besar kemungkinan kita akan selesaikan semua sekali hari ini.

    Katanya, pihak mahkamah perlu mendengar terlebih dahulu mengenai dakwaan dua kali lafaz cerai sebelum meneruskan kepada permohonan yang baru.

    Namun, sebelum pergi kepada permohonan lafaz ceraiyang baru, kita kena selesaikan pengesahan dua lafaz cerai yang didakwa sebelum ini.

    Selagi dua benda itu belum selesai, mahkamah tidak boleh teruskan ke lafaz cerai baru sebab nak tahu sudah berapa kali perkara itu dilakukan.

    Dalam pada itu, pengesahan lafaz cerai juga bergantung di tangan Syamsul sama ada bersetuju atau tidak.

    Ada beberapa persetujuan yang sudah dicapai dan akan usulkan kepada mahkamah.

    Jadi, semuanya bergantung di tangan suami jika dia nak setuju atau tidak. Kalau suami kata tak pernah berlaku, hakim kena dengar perkara itu.

    Terdahulu, tular mengenai dakwaan Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pernah diceraikan dua kali oleh suaminya.

    Menurut laporan, terdapat sumber yang mengatakan kedua-dua lafaz talak pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

    Mengimbau semula, pada 18 April lalu, Syamsul dan Puteri Sarah gagal menemui kata sepakat sekaligus proses lafaz cerai yang sepatutnya berlangsung pada hari tersebut tertangguh.

    Antara sebab Syamsul menolak untuk melafaz cerai ialah keengganan Puteri Sarah menarik saman terhadap madunya, Ira Kazar dan beberapa ahli keluarga lain.

    MENARIK:  Jay Jay Mengalami Kemajuan Positif Selepas Menerima Rawatan Fisioterapi

    Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

    Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

    Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

    Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

    Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah.

    Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

    Video

    @official Puteri Sarah tiba di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk Pengesahan Cerai # #viral #puterisarahliyana #syamsulyusof #pengesahan #cerai ? original sound – OHBULAN!

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.