Jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-48 tahun yang berlangsung penuh kemewahan pada Selasa.
Artikel Berkaitan: Haliza Maysuri Menang Saman Terhadap Bekas Pengedar, Keluarkan Tudung Bawal Harga RM70k Sebagai Simbolik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’ – Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil
Kek Tiga Tingkat Harga RM14,800

Menerusi hantaran di media sosial, sebiji kek mewah dan busana eksklusif menjadi bualan hangat warganet kerana keunikan rekaannya serta harga yang semestinya bukan ‘kaleng-kaleng.’
Menjadi simbolik kepada identiti dan perjalanan Haliza, kek tiga tingkat yang bertemakan The Glamorous Crown Cake seolah-olah beralun seperti fabrik tudung bawal yang lembut dan eksklusif.
Kek tiga tingkat dengan mahkota mewah di atas menjadi tumpuan utama dihiasi dengan Crystal Swarovski.
Di samping itu, alunan kek tersebut dihiasi dengan Swarovski Crystals untuk menonjolkan elemen eksklusif, kemewahan dan sentuhan peribadi sebagai pemilik jenama tudung antarabangsa.
Dengan bertahtakan kristal Swarovski sebanyak 12,000 butir Swarovski dengan tempoh masa penyiapan 64 jam kek ini berharga RM14,800.
Busana Klasik Dior Era 20 an

Sementara itu, Haliza turut memperagakan busana dari palet ‘charcoal grey’ dan sentuhan rona hitam yang direka khas oleh rumah fesyen Ri Haute Couture.
Bertemakan Malam Gala Jazz, persalinan yang diinspirasikan dari konsep ‘fine tailoring’ dengan potongan ‘dress’ yang diinspirasikan daripada rekaan ‘bespoke men suit’ diolah dengan ‘Silhouette’ klasik Dior era 20 an.
Adi busana mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan gabungan renda perancis, fabrik sutera wool dan taburan batuan kristal Swarovski yang dibawa khasn dari Austria khas untuk Haliza.
Rekaan yang menggunakan fabrik yang dibawa khas dari Eropah ini terdiri daripada fabrik wool, french lace, satin silk dan shantung silk.
Selain itu, Adi busana menggunakan fabrik sebanyak lebih daripada 5 hingga 15 meter untuk setiap jenis fabrik.
Adi busana direka khas menggunakan teknik ‘drapping’, ‘paneling’ dan perincian maniknya menggunakan taburan pelbagai jenis batu kristal Swarovski yang sama digunakan dengan batuan pada tudung terbaru dari Bawal Exclusive yang dilancarkan pada malam sambutan ulang tahun kelahiran.
Jumlah jenis batuan kristal Swarovski yang digunakan adalah sebanyak lapan jenis batuan yang berbeza bentuk dan saiz.
Jumlah batu dan manik Swarovski yang digunakan adalah sebanyak 60 ribu batuan kristal Swarovski yang mana disatukan bersama busana menggunakan teknik manual.
Difahamkan, Adi busana sahaja bernilai dalam lingkungan lebih dari RM71,100.00 dan jumlah harga untuk batuan Swarovski bernilai RM80,000 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM151,1000.00.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut menitipkan doa sempena hari lahir.
Wargamaya juga menasihati Haliza untuk tidak melayan komen-komen berbaur dengki yang ‘sakit mata’ melihat pelaburan mewah yang dilakukan.
The post [VIDEO] Kek ‘Birthday’ Haliza Maysuri Cecah RM14,800, Busana Lebih RM151,000 Bikin Netizen ‘Terbeliak Mata’ first appeared on OHBULAN!.