28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelawak, Amir Raja Lawak berharap isu tunggakan bayaran daripada pihak stesen televisyen Awesome TV terhadapnya dapat diselesaikan dengan baik.

    Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Simpati Atas Ujian Yang Menimpa, Titip Pesanan & Hulur Bantuan Buat Amir Raja Lawak

    Artikel Berkaitan: Amir Raja Lawak Terharu Rakan Artis Prihatin, Zizan, Lando Zawawi & Mamat Sepah Antara Hulur Bantuan

    Kos rawatan bapa

    View this post on Instagram

    A post shared by Fb/Ig : Air Jagung Amirreka Hq (@amirrajalawak)

    Menurut Amir atau nama lengkapnya, Mohammad Amirullah Azmi, 36, dia memerlukan bayaran tunggakan wang tersebut sebagai persediaan untuk menampung kos rawatan bapa, Azmi Deris yang menghidap kanser usus.

    Amir juga memaklumkan perkembangan kesihatan bapanya kini kurang baik.

    Penyakit kanser memerlukan kos rawatan yang mahal jadi saya perlu sediakan wang. Kalau nak pakai duit baru saya minta, pasti akan lambat mereka berikan. 

    Sebelum ini saya bersetuju untuk pihak stesen TV itu membayar secara ansuran tetapi selepas mengetahui keadaan kesihatan bapa yang semakin membimbangkan, saya mahu ia dibayar sekaligus. Dalam keadaan begini, saya memang memerlukan baki bayaran RM18,000 itu.

    Keadaan bapa saya sekarang makin uzur, dia tak boleh berjalan. Kalau dahulu dia masih boleh bangun tetapi sekarang dia akan mudah terjatuh. Dia pernah terhantuk di dinding dan terjatuh dari kerusi. 

    Dalam masa yang sama, bekas peserta program Raja Lawak musim ketiga itu bersyukur kerana menerima bantuan dan sokongan selepas isu tersebut mendapat perhatian ramai.

    Saya bersyukur ramai yang menyokong dan membantu saya, begitu juga pertolongan daripada rakan-rakan artis. Namun, saya tidak mengetahui berapa jumlah wang yang mereka berikan kerana sumbangan dikreditkan terus ke akaun bapa.

    Amir berkata demikian ketika ditemui di Majlis Gala Pelancaran Penjenamaan Lindung, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang berlangsung di EQ Hotel Kuala Lumpur pada Jumaat.

    Enggan ulas

    Ketika disoal tentang tindakan undang-undang daripada pihak Awesome TV, Amir bagaimanapun memilih untuk tidak mengulas lanjut dan memaklumkan bahawa perbincangan di antara mereka akan dilaksanakan.

    Saya tak mahu memperbesarkan tentang isu ini. Insya-Allah akan ada perbincangan dengan orang tengah dan pihak-pihak yang terlibat dalam masa terdekat. 

    Buat masa sekarang saya perlu lebih berhati-hati untuk keluarkan sebarang kenyataan, tapi seandainya ada sebarang makluman pasti saya akan tulis (di media sosial). 

    Terdahulu, pihak Awesome TV memaklumkan satu tindakan undang-undang telah difailkan terhadap tiga selebriti iaitu Amir, Mamak Puteh dan Abu Mamu berikutan dakwaan kenyataan berunsur fitnah yang disebarkan melalui media sosial masing-masing.

    MENARIK:  Dahlia Rizal Pilih Jujur Dalam ‘Review’ Produk – ‘Haram Kalau Melebih-Lebih, Jangan Pura-Pura Suka Hanya Kerana Duit’

    Imbas kembali, Amir sebelum ini memuat naik hantaran mendakwa bayarannya bersama sebuah stesen televisyen masih tertunggak.

    Dakwa Amir, dia hanya menerima sebahagian bayaran iaitu RM5,000 daripada jumlah keseluruhan RM23,000.

    The post [VIDEO] ‘Keadaan Bapa Saya Makin Uzur’ – Amir Raja Lawak Harap Isu Tunggakan Bayaran Selesai Dengan Baik first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.