28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Kalau Boyfriend Minta Gambar, Jangan Bagi’ – Tular Semula Pesanan CEO Batu Kepada Peminat

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Ketika nama pempengaruh, CEO Batu hangat diperkatakan susulan dakwaan menghantar gambar tidak senonoh kepada remaja berusia 14 tahun, tular semula sebuah video yang memaparkan lelaki itu sedang memberi nasihat kepada peminatnya. 

    Beri pesan pada peminat

    @demirakyatchannel Haa..ingat pesan CEO BATU. Budak-budak jangan memandai bagi gambar kat boyfriend. #ceobatu #parut #caprice #budak #bawahumur #boyfriend #isha #CapCut ? original sound – Demi Rakyat Channel

    Menerusi video dimuat naik @demirakyatchannel, CEO Batu dilihat menitipkan pesan kepada peminatnya untuk tidak bercinta selagi belum menghabiskan persekolahan.

    Malah, CEO Batu turut berpesan kepada mereka untuk tidak memberikan gambar jika diminta teman lelaki mereka.

    Boyfriend minta gambar jangan bagi.

    Jangan couple, dah habis sekolah nanti baru couple.

    Terdahulu, personaliti media sosial, Caprice mendedahkan perbualan antara seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Isha dengan individu yang didakwa sebagai CEO Batu.

    Difahamkan, perbualan antara mereka bermula apabila Isha menghubungi CEO Batu dan menyatakan hasratnya untuk menghasilkan kandungan TikTok bersama.

    Namun, komunikasi tersebut bertukar menjadi insiden kurang menyenangkan apabila CEO Batu didakwa mengambil kesempatan dengan menghantar foto tidak senonoh kepada remaja terbabit.

    Bagaimanapun, CEO Batu kemudian merayu agar ibu mangsa tidak melaporkan kepada pihak polis dan mengakui kesilapannya yang terlepas pandang akan gambar tersebut.

    MENARIK:  [VIDEO] Watie Pernah Berpesan Pada Talita Kena Tunjuk Minat Kalau Nak Jadi Penyanyi – ‘Sekarang, Dekat Semua Tempat Dia Ajak Menyanyi’

    CEO Batu kemudiannya menyerah diri dan kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.