26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kak KM Menentang Para Suami yang Enggan Berikan Duit Raya kepada Isteri dengan Alasan ‘Tak Ada Duit’ – ‘Bukan Jumlah Besar Hingga Membuatkan Miskin’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Kak KM

    Usahawan sensasi, Kak KM berpendapat amalan memberi duit raya daripada seorang suami kepada isteri perlu dilakukan.

    ‘Bukan dalam jumlah banyak’

    Kak KM

    Bukan jumlah menjadi keutamaan, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata, pemberian duit raya merupakan tradisi yang sudah diamalkan sejak zaman dahulu lagi.

    Malah, pemberian duit raya dapat membuat isteri dan anak-anak berasa gembira.

    Pada pendapat saya, pemberian duit raya daripada suami kepada isteri adalah perlu, itu merupakan tradisi kita setiap kali menyambut bulan Syawal.

    Dalam keluarga saya sendiri amalkan pemberian duit raya, bapa saya akan beri mak ketika mereka bersalaman. Kemudian anak-anak pun akan dapat daripada bapa.

    Apabila saya sudah berkeluarga saya amalkan juga. Anak-anak pun mesti tertunggu-tunggu.

    Duit raya bukannya perlu diberikan dalam jumlah yang banyak. Siapa yang tak gembira dapat duit raya?

    Kak KM berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    ‘Jangan cakap tiada duit’

    Kak KM

    Dalam pada itu, Kak KM menyelar golongan suami yang mengatakan tiada wang untuk diberikan.

    Tegasnya, sudah menjadi tanggungjawab suami mencari nafkah buat keluarga.

    Sebagai isteri dah tolong masak tiap-tiap hari untuk suami, tolong gosokkan baju raya, takkan lah tak boleh hulur sikit.

    Untuk para suami, tolong terapkan pemberian duit raya. Bukan bagi amaun yang banyak sampai awak jadi miskin, tidak begitu. Janji adalah benda ‘manis’ untuk isteri dan anak.

    Jangan cakap tiada duit, orang lelaki (suami) kena kerja untuk isteri dan anak-anak. Cakap tiada duit, duit kau habis dekat siapa?

    MENARIK:  Imran Ajmain Mengakui Bahawa Mereka Tidak Rapat Dengan Fazley Yaakob Seperti Keluarga Sendiri

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.