Hanya dengan sekali lafaz, pelakon jelita dari Indonesia Luna Maya sah menjadi isteri kepada aktor Maxime Bouttier pada petang Rabu.
Sah menjadi isteri
@mrandmrsbouttier #MOONtotheMAX #maximebouttier #lunamaya #LUNAdicintaiMAXimal
? original sound – Mr & Mrs Bouttier ? – Mr & Mrs Bouttier ?
Menerusi video akad nikah yang dikongsikan di TikTok, Luna atau nama lengkapnya Luna Maya Sugeng telah selamat dinikahkan oleh abang kandungnya sendiri.
Turut kelihatan pada majlis tersebut adalah pelakon Raffi Ahmad yang bertindak sebagai salah seorang saksi.
Pelakon filem Sumala yang mengenakan pakaian tradisional Indonesia itu dilihat mengalirkan air mata sejurus selepas sah menjadi suri hati kekasihnya.
Difahamkan majlis penuh bermakna itu berlangsung di Bali dengan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat baik kedua-dua mempelai.
Ucapan tahniah
Menjengah ke ruangan komen, pasangan sama cantik sama padan itu dihujani dengan ucapan tahniah dan iringi dengan doa agar rumah tangga yang dibina kekal selamanya.
Terdahulu, aktor berusia 32 tahun itu melamar Luna semasa percutian mereka di Jepun pada April lalu.
Meskipun jarak usia 10 tahun, namun ia tidak menghalang Luna dan Maxime untuk terus menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2023.