Pempengaruh YouTube terkenal, Isa Isarb mencuri perhatian apabila berkongsi konten terbaharunya yang agak ‘gila’ ketika berada di Bromo, Indonesia.
Nak bermalam tepi gunung berapi 24 jam
@isaisarbofficial?? original sound – Isa Isarb
Menerusi perkongsian di TikTok, Isa yang bersama dua lagi rakannya dilihat mendirikan khemah di tepi gunung berapi yang masih aktif.
Ujarnya, dia mahu mencuba untuk bermalam di situ bersama dua rakannya selama 24 jam.
Tak pernah lagi kan tengok orang ‘camping’ kat sini?
Kami sekarang berada di tepi gunung berapi dan kami akan cuba berada di sini sampai mana yang kami boleh.
Mungkin tak sampai 24 jam sebab iyalah mereka (pihak berkuasa) mesti tak izinkan.
Ujarnya, jika berjaya melakukan cabaran tersebut, mereka bakal menjadi individu pertama yang bermalam di sana selama 24 jam.
Setiap hari, beribu orang naik ke atas gunung ini tetapi tiada seorang pun yang berani nak berkhemah di sini.
Jadi, kita nak cuba.
Andai kata tak berjaya, kita pergi ke gunung lain yang boleh nampak gunung berapi ini. Jadi, doakan.
Walau bagaimanapun, perkongsian Isa itu telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan netizen yang risau akan keselamatan Isa dan dua rakannya.
Komen netizen