Pengakuan pendakwah selebriti Iddin Ramli mengenai kisah keluarganya meraih perhatian wargamaya yang menyifatkan dirinya seorang yang kuat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Iddin Ramli ‘Ditangkap’ Berduaan Dengan Isteri, Tunjuk Bukti Gambar Kahwin Dekat Pihak Berkuasa
Artikel Berkaitann: [VIDEO] Iddin Ramli Perjelas Perlu Dengar Cakap Ibu Atau Isteri – ‘Suami Perlu Bijak Handle Situasi’
Punca mak ayah bercerai

Menerusi sebuah sesi temu bual, Iddin mendedahkan bahawa dia merupakan punca utama ibu bapanya berpisah.
Menurutnya, dia percaya itu merupakan ujian yang telah ditetapkan buat keluarganya.
Dari kecil, mak ayah aku bercerai.
Dan punca cerai itu aku.
Aku periksa telefon ayah aku ketika itu.
Tapi sebenarnya ini ujian keluarga. Aku yakin pertemuan dan perpisahan itu takdir Allah, ayah aku tak jahat, dia baik.
Tapi itu ujian untuk dia.
Bagaimanapun, pendakwah berusia 28 tahun itu tidak menunding jari pada mana-mana pihak kerana yakin ada sesuatu Allah ingin berikan yang lebih baik.
Dewasa sebelum usia
Berkongsi lebih lanjut, Iddin beranggapan hidupnya penuh dengan kesedihan kerana perlu berfikiran matang sebelum usia.
Tambahnya lagi, orang yang diuji dengan perpisahan ibu bapa adalah insan-insan yang kuat.
Aku rasa hidup aku penuh dengan kesedihan sebab terpaksa dewasa sebelum usia.
Sebab itu, orang yang ada mak ayah bercerai, kebanyakan daripada mereka kuat. Mereka kena banyak buat keputusan sendiri tanpa penglibatan ayah atau mak.
Kalau macam aku, mak aku kerja. Jadi, memang banyak perkara aku uruskan sorang-sorang.
Aku nangis, aku susah, emosi aku runtuh teruk ketika itu semua orang tak tahu.
Dalam pada itu, Iddin akui banyak melakukan perkara seorang diri namun, keadaan mental tidak sekuat orang lain.
Sumber: TikTok @Yousaf
The post [VIDEO] Iddin Ramli Dedah Dirinya Punca Mak Ayah Bercerai, Mental Tak Kuat – ‘Aku Perlu Dewasa Sebelum Usia’ first appeared on OHBULAN!.