Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengalami kecederaan patah hidung ketika perlawanan menentang pasukan PDRM FC malam tadi.
Faisal Halim patah hidung
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Faisal memuat naik gambar luka di bahagian hidung serta imbasan x-ray kecederaan yang dialaminya.
Kemalangan itu turut dikongsi oleh petugas media yang berada di lokasi sama.
Difahamkan, kecederaan itu berlaku selepas hidungnya terkena siku kapten pasukan lawan, Faith Friday Obilor pada minit ke-54 perlawanan.
Harga yang mahal terpaksa di bayar Faisal Halim malam ini.
Difahamkan mengalami kecederaan patah hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor.
Pada perlawanan tersebut, pasukan Selangor Fc tetap berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas pasukan PDRM FC.
Untuk rekod, nama Faisal menjadi perhatian pada Mei tahun lalu selepas menjadi mangsa serangan simbahan asid oleh dua individu di sebuah pusat beli-belah terletak di Kota Damansara.
Kejadian yang menyayat hati itu telah menyebabkan Faisal mengalami lecur tahap empat di beberapa bahagian badan dan terpaksa berehat panjang daripada aksi bola sepak.
Video pelanggaran
Harga yang mahal terpaksa di bayar Faisal Halim malam ini.
Di fahamkan mengalami kecederaan patah hidung selepas pelanggaran dengan Faith Friday Obilor di minit 54 pic.twitter.com/82nt8OZmcY
— FinaNasrom (@fnasrom) April 19, 2025