Pelakon Yasmin Hani mendedahkan pernah menerima gangguan seksual ketika dibangku sekolah.
Artikel Berkaitan: Yasmin Hani Pernah Dalam ‘Fasa Kering’, Rebut Peluang Dengan Pendatang Baru – ‘Mereka Tak Salah, Kita Kena Ikut Peredaran Zaman’
Artikel Berkaitan: Yasmin Hani & Bekas Suami Wujudkan Kalander Untuk Aktiviti Anak – ‘Berkomunikasi Setiap Hari, Rumah Kami Pun Dekat’
Gangguan seksual
Menerusi podcast Sembang Seram, Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Ismail Richardson berkongsi kejadian ketika dirinya diganggu oleh seorang lelaki ketika bermain di sebuah padang permainan.
Ketika itu saya dekat sebuah padang permainan dan saya berdiri sebelum turun gelongsor. Saya ternampak di dalam sebuah kereta ada seorang lelaki asyik pandang saja dekat kami (Yasmin dan rakan-rakan).
Kemudian dia panggil, tapi saya tak kenal dia sebab saya kenal semua kawan-kawan ayah saya. Saya pun ajak kawan-kawan pergi bersama untuk jumpa dia.
Pada mulanya saya duduk jauh sedikit tapi saya rasa dia sengaja cakap perlahan-lahan. Bila saya datang dekat sikit untuk dengar dia cakap, rupa-rupanya dia tengah beronani.
Saya menjerit sebab nak kantoikan dia.
Pengalaman Yasmin
View this post on Instagram
Bercerita lanjut, pelakon filem Duyung itu juga pernah menerima gangguan seksual ketika bermandi-manda di sebuah kolam.
Ada seorang lelaki menawarkan dirinya untuk mengajar saya berenang tapi saya menolak.
Dia tegur saya salah dan ajar saya dari jarak jauh. Dia tanya saya, sama ada saya pandai terapung atau pun tidak.
Disebabkan dia mahu untuk membantu saya, jadi saya fikir tak mengapa lagipun ini kolam untuk orang awam.
Saya tak syak apa-apa sebab dia sudah berusia dalam lingkungan 40-an ke 50-an, saya pula masih sekolah rendah.
Lelaki tersebut kemudian bertindak keterlaluan apabila mencuba untuk memasukkan tangannya ke dalam pakaian renang yang dipakai Yasmin pada ketika itu.
Saya meniarap dan dia pegang perut saya. Bila lama-lama saya pun sudah okay, tiba-tiba dia mendekati saya lalu dia cuba nak memasukkan tangan di dalam sut renang saya.
Saya terus jerit dan dia lompat keluar dari kolam sepantas kilat. Hilang.
Sumber: Sembang Seram
The post [VIDEO] ‘Dia Cuba Masukkan Tangan Dalam Sut Renang Saya’ – Yasmin Hani Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan S*ksual first appeared on OHBULAN!.