34.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 14, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Dafi Nafi Hidap Kanser Darah, Minta Doakan Kesihatan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Pelakon dan penyanyi, Dafi tampil memberi respon berhubung dakwaan yang mengatakan dirinya menghidap kanser darah.

    Artikel Berkaitan: Dafi Enggan Komen Isu Jovian Mandagie, Pilih Tidak Campur Hal Politik

    Artikel Berkaitan: Dafi Luncurkan ‘Hellooo!’ Selepas Lama Bertapa – ‘Ini Merupakan Suara Hati Saya’

    Dafi kunci mulut

    Ketika ditemui , pemilik nama Gadaffi Ismail Sabri, 37, menafikan dakwaan tersebut sebaliknya meminta orang ramai mendoakan kesihatannya.

    Sebelum ini kecoh saya ambil bahan terlarang sebab terlalu kurus, sekarang berat dah naik sikit apa lagi orang nak cakap. 

    Kalau ada yang rasa saya sakit, doa-doakan kesihatan saya. Buat masa sekarang saya tiada apa nak beritahu. 

    Sekarang semakin sihat, semakin bulat. Tiada apa yang merisaukan, setakat ini alhamdulillah tetapi teruskan doa saya sihat.

    Saya bersyukur dan berterima kasih ramai yang risau dan bimbang dengan saya. Doakan kesihatan saya terus baik

    Dafi berkata demikian ketika ditemui di majlis tayangan gala filem Martabat: Misi Berdarah di Mid Valley pada Selasa.

    Hanya buat pemeriksaan kesihatan

    Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu memberi penjelasan berhubung dakwaan dirinya sering ke hospital. 

    Jelas Dafi, kunjungannya ke sana adalah untuk melawat ahli keluarga yang sedang sakit selain melakukan pemeriksaan kesihatan memandangkan dirinya menghidap asma.

    Pergi ke hospital itu normal, kadang-kadang ada saudara-mara masuk sana atau kawan-kawan yang buat pemeriksaan kesihatan.

    Saya sendiri tidak sihat, ada asma. Jadi, untuk ke hospital bukan satu benda yang pelik. Secara general, saya pergi hospital buat pemeriksaan kesihatan, itu pun setahun sekali. 

    Anak kepada bekas Perdana Menteri itu mengakui selesa dengan penampilannya yang sekarang dan meminta agar orang ramai tidak bimbang dengan keadaan kesihatannya.

    Senang naikkan berat badan, hanya makan saja cuma nak turunkan yang susah. Saya bersyukur apabila jumpa orang kata semakin sihat. 

    Tidak pasti sama ada gembira atau tidak sebab selalunya berat badan naik orang kaitkan dengan benda negatif tetapi situasi saya berbeza pula. 

    Sekarang saya selesa dengan berat badan saya, sebenarnya saya tidak suka orang risaukan saya. Kegembiraan saya datang apabila tidak merisaukan orang lain. 

    The post [VIDEO] Dafi Nafi Hidap Kanser Darah, Minta Doakan Kesihatan first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  [VIDEO] Uci Luna Tidak Dapat Daftar Kelahiran Anak Kerana Tiada Sijil Nikah Selepas Setahun Kahwin

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.