28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bukan Saya Yang Kahwin’ – Erra Fazira Belum Tamat Zaman Solo, Akui Sering Jadi Mangsa Keadaan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Primadona terkenal Erra Fazira, memberikan respon berhubung dakwaan telah mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

    Belum berkahwin

    Ketika ditemui , Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek menegaskan bahawa dirinya masih lagi memegang status solo.

    Ternyata artis itu bukan saya tetapi saya sering menjadi mangsa keadaan. Namun sehingga hari ini saya masih single (belum berkahwin).

    Menurut aktres berusia 51 tahun tersebut, dia tidak terkejut ketika mengetahui tentang berita berkenaan kerana itu bukan kali pertama namanya dikaitkan dengan berita sedemikian.

    Tidaklah terkejut cuma saya terkena lagi kali ini. 

    Saya selalu dapat berita yang sebegitu dan ketika mengetahuinya saya tidak sabar nak tunggu kebenaran sebenar. Jadi orang tidak akan mengaitkan berita tersebut dengan saya lagi.

    Pada akhirnya semua mengetahui bukan saya yang berkahwin.

    Erra berkata demikian ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Rizman Ruzaini yang berlangsung di Hotel Shangri-La pada Rabu.

    Serah pada takdir

     

    View this post on Instagram

    A post shared by Erra Fazira (@errafazira)

    Dalam pada itu, Erra berkata, dia bersedia dengan apa sahaja keadaan dan menyerahkan soal jodoh kepada takdir.

    Bersedia atau tidak..saya sebenarnya seorang yang go with the flow sebab saya hanya mampu merancang bukan menentukan jalannya.

    Sementara itu, pelakon filem Sembilu tersebut memaklumkan anak perempuannya, Engku Aleesya menerima baik kehadiran Mr. E.

    Anak saya pula adalah seorang yang suka memerhati. Kalau tak kena di mata, mesti akan akan bersuara.

    Tetapi Alhamdulillah saya rasa dia tak ada masalah.

    Terdahulu, sebuah portal melaporkan seorang aktres terkenal didakwa telah berkahwin.

    MENARIK:  Raih RM29.9 Juta Kutipan Dalam Tujuh Hari, Netizen Lancar Kempen ‘Blood Brothers Road To 100 Juta’

    Meskipun tidak mendedahkan identiti pelakon wanita tersebut, namun rata-rata warganet mendakwa pelantun lagu Pasrah itu adalah selebriti yang dimaksudkan.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.