28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 22, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Bukan Nak Menunjuk, Saya Tahu Dari Mana Saya Bermula’ – Haliza Maysuri Borong Barang Basah Di Pasar Tani, Bantu Peniaga Kecil

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Usahawan tudung terkenal, Haliza Maysuri mengimbas kembali perjalanan hidupnya sebelum mengecap kejayaan, termasuk saat-saat sukar ketika memulakan perniagaan dari bawah.

    ‘Jadi diri sendiri itu satu ketenangan’

    @halizamaysuriJadi diri sendiri itu satu ketenangan. Sebelum bergelar usahawan, saya bermula dari bawah menjual tudung di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman. Saya pernah menolak troli stok jualan ketika sarat mengandung, berhujan, berpanas,berniaga di pasar pun saya sudah lalui. Hari ini, bila saya berbelanja di pasar tani, bukan kerana perlu sangat, tapi kerana saya ingin menyokong peniaga2 Melayu, peniaga Bumiputera. Saya faham susah payah mereka. Hujan, panas, dan kadang2 pulang tanpa satu sen pun semua itu saya pernah rasa. Sebab itu, walaupun sudah berjaya, saya tak pernah lupa akar saya. Bila kita sudah berada di atas, kita perlu bantu org lain untuk naik sama. Saya percaya, sebaik2 sedekah adalah makanan. Jadi saya beli, saya masak dan saya beri. Bukan untuk menunjuk, tapi kerana saya tahu dari mana saya bermula. Senyuman peniaga2 pasar tani setiap kali saya memborong jualan mereka, itulah kepuasan sebenar bagi saya. Jangan lupa daratan bila sudah di atas. Terus pandang ke bawah, agar kita kekal merendah diri dan tidak lalai dengan kemewahan dunia.? original sound – Haliza Maysuri

    Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Haliza sedang berbelanja di pasar tani. Namun di sebalik video tersebut, tersimpan kisah mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar jutawan dan ikon dalam industri tudung tanah air.

    Jadi diri sendiri itu satu ketenangan. Sebelum bergelar usahawan, saya bermula dari bawah menjual tudung di pasar malam Jalan Tuanku Abdul Rahman.

    Saya pernah menolak troli stok jualan ketika sarat mengandung, berhujan, berpanas, berniaga di pasar pun saya sudah
    lalui.

    Tambah Haliza lagi, dia berbelanja di pasar tani bukanlah kerana keperluan semata-mata, tetapi sebagai satu bentuk sokongan kepada peniaga kecil, khususnya usahawan Melayu dan Bumiputera.

    Hari ini, bila saya berbelanja di pasar tani, bukan kerana perlu sangat, tapi kerana saya ingin menyokong peniaga-peniaga. Melayu, peniaga Bumiputera.

    Saya faham susah payah mereka. Hujan, panas, dan kadang-kadang pulang tanpa satu sen pun semua itu saya pernah rasa. Sebab itu, walaupun sudah berjaya, saya tak pernah lupa akar saya. Bila kita sudah berada di atas, kita perlu bantu orang lain untuk naik sama.

    Saya percaya, sebaik-baik sedekah adalah makanan. Jadi saya beli, saya masak dan saya beri. Bukan untuk menunjuk, tapi kerana saya tahu dari mana saya bermula.

    ‘Jangan lupa daratan bila sudah di atas’

    Haliza mengakui bahawa melihat senyuman para peniaga setiap kali dia memborong jualan mereka memberikan satu kepuasan jiwa yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

    Senyuman peniaga-peniaga pasar tani setiap kali saya memborong jualan mereka, itulah kepuasan sebenar bagi saya.

    Jangan lupa daratan bila sudah di atas. Terus pandang ke bawah, agar kita kekal merendah diri dan tidak lalai dengan kemewahan dunia.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kisah perjalanan hidup usahawan ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Usahawan Aleeya Zailan Terkejut, Air Paip Hotel 5 Bintang Kotor! - 'Selepas Gargle Gigi, Tekak Gatal'

    Mereka turut memuji sikap rendah diri dan keprihatinan Haliza terhadap para peniaga kecil, meskipun dirinya seorang yang berjaya dan dikenali ramai.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.