Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menitipkan nasihat kepada para suami agar lebih cakna dalam memahami emosi dan perasaan isteri.
‘Turunkan ego, selalu mengalah’
@papalarisofficialsiapa setuju dengan papa? cuba awak komen sikit kat bawah, macam mana pendapat awak?? original sound – Aliff Syukri Kamarzaman
Menerusi satu video yang dikongsikan di TikTok, Aliff Syukri atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman menasihati para suami agar lebih peka terhadap perubahan emosi pasangan, terutamanya ketika berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham dalam rumah tangga.
Perempuan kalau dah kecewa dan marah, ayat yang dia kata nak ceraikan dan lepaskan aku tu sebenarnya dia nak kau pujuk. Dia nak kau peluk, manjakan dia.
Bukannya kau biarkan dia keseorangan, tak tentu hala. Kau sebagai pasangan dan suami, jangan bagi dia keseorangan.
Perempuan bila dah penat, dia akan cakap macam-macam tapi ingat apa yang dia cakap tu, tak betul. Sebenarnya dia perlukan belaian dan kasih sayang. Jangan biarkan perempuan dengan emosi dia.
Menurut Aliff, sekiranya isteri meminta untuk bercerai bukanlah maksud sebenar dia ingin berpisah, sebaliknya petanda bahawa si isteri sedang kecewa dan mengharapkan perhatian daripada suami.
Ingat, kalau dia kata nak bercerai tu sebenarnya dia nak peluk. Bila dia kata lepaskan saya bermakna dia nak dekat dengan awak dan dia telah kecewa dengan awak.
Dalam pada itu, Aliff turut menasihatkan agar para suami sentiasa menurunkan ego demi menjamin kebahagiaan dalam rumah tangga.
Dalam kehidupan rumah tangga, tak ada yang sempurna. Turunkan ego, selalu mengalah. InsyaAllah kebahagiaan akan menjadi milik anda.