24.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 10, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bekas Isteri Pertama Mengalirkan Air Mata Kosongkan Almari, Merapihkan Baju-Baju Datuk Red – ‘Separuh Jiwaku Hilang’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    datin red almari

    Bukan mudah untuk melalui fasa perpisahan, namun hidup mesti diteruskan seperti mana yang dialami oleh bekas isteri usahawan terkenal Datuk Red iaitu Sharifah Norshafila Hashim.

    Tenung almari

    @syarifahnorshafila

    Separuh jiwa ku pergi ??? #fyp

    ? Kalau Bukan Karena Kesabaran Yang Besar – putra dirga

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Shafila sedang mengemas almari dan memasukkan pakaian milik bekas suaminya itu ke dalam kotak dan beg.

    Paling menyentuh hati adalah ketika Shafila merenung dengan pandangan sayu ke arah almari yang telah dikosongkan itu.

    Separuh jiwaku pergi.

    Shafila juga menggunakan audio pada video tersebut yang menceritakan tentang kesabaran, kekuatan dan kasih sayang Allah SWT.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi kata-kata semangat buat Shafila dan turut berkongsi kisah yang sama.

    Sabar ya. Insya-Allah lepas hujan pasti ada pelangi. Allah tau Shafila kuat.

    Betul, tak mudah untuk melupakan lagi-lagi dah hampir 20 tahun bersama. Minta pada Allah semoga hati sentiasa reda.

    Bagusnya, nak kemas ni semua pun perlu kekuatan. Teruskan, ramai yang sokong.

    Semoga kuat tempuh ujian ini.

    Moga tenang hati, saya dengan bekas suami 22 tahun hidup bersama namun jodoh sampai di situ saja.

    Terdahulu, Datuk Red memaklumkan bahawa tempoh idah bekas isteri pertamanya itu telah selesai sejak 13 Julai lalu.

    Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    MENARIK:  Asmidar Mengakui Kesukaran Mengatasi Ketakutan dan Perjuangan Melawan Diri Sendiri - 'Sifat Keras Saya'

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.