33.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, August 16, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bapa OKU Ambil Upah Baiki Kasut Demi Besarkan 3 Anak, Isteri Lari Tinggalkan Rumah – ‘Saya Ada Masalah Jantung’ 

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Tular di TikTok kisah seorang bapa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) terpaksa berkerja demi menyara tiga orang anaknya.

    Artikel Berkaitan: Lebih 200 Orang Bantu Derma Darah Untuk Pelajar UPSI Terlibat Kemalangan

    Bapa OKU ada sakit jantung

    Lebih memilukan, lelaki yang yang dikenali sebagai Razak Baba, 55, juga menghidap masalah jantung.

    Razak mengambil upah sebagai tukang jahit kasut di sekitar kawasan Malim Jaya, Melaka untuk mencari sumber pendapatan.

    Razak mendakwa, isterinya telah lari meninggalkan kediaman mereka tanpa memaklumkan apa-apa dan membawa semua barang keperluan.

    Berkongsi tentang masalah jantung yang dialami, Razak memaklumkan dia akan melakukan pemeriksaan lanjut di Hospital Serdang pada Ogos ini.

    Saya balik kerja, isteri dah tiada di rumah. Dia bawa semua barang-barang. Sekarang ini, saya lah ayah, saya lah ibu. Saya perlu bekerja cari rezeki yang halal untuk membesarkan anak tiga orang, seorang umur 18, 16 dan 10.

    Saya ada masalah jantung tahap tiga, insya-Allah bulan Ogos ini akan buat pemeriksaan. Mampu di hospital kerajaan sahaja, hospital swasta tidak mampu.

    Dalam pada itu, Razak turut bersyukur dan terharu apabila menerima sumbangan wang berjumlah RM500 daripada orang ramai.

    MENARIK:  Sophia Albarakbah Buat Laporan Polis, Alami Tekanan Emosi Serius – ‘Dia Terima Komen Berunsur Lucah & Menjijikkan’

    Sementara itu, pemilik akaun video tersebut yang dikenali sebagai Ustad Jungler menyeru mana-mana pihak untuk menghulurkan bantuan demi meringankan beban Razak.

    Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 0412341100048140, Razak bin Baba.

    Video

    @hafizuddin052

    Seorang Pakcik OKU fizikal berusaha keras bekerja untuk menyara 3 orang anaknya,pakcik juga menghidap penyakit sakit jantung tahap tiga dan diketahui isterinya telah meninggalkannya.Pakcik bernama Razak bin Baba,55 tahun,Bachang melaka.Acik jahit kasut di Malim Jaya,Melaka sebelah kedai emas sebaris dengan maybank,isnin sampai jumaat.9.30 pagi hingga 4 petang.JOM kita bantu pakcik ni ramai2.Boleh dm saya untuk bantuan,ataupun boleh lihat story saya #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #viral #OKU #wargaemas #ustadjungler

    ♬ original sound – Ustad Jungler – Ustad Jungler

    Sumber: TikTok Ustad Jungler

    The post [VIDEO] Bapa OKU Ambil Upah Baiki Kasut Demi Besarkan 3 Anak, Isteri Lari Tinggalkan Rumah – ‘Saya Ada Masalah Jantung’  first appeared on OHBULAN!.



    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.