25.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 8, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

[VIDEO] Bapa Harap Farid & Diana Hadir Untuk Laporan JKP & Tuntutan Nusyuz Sebutan Pertama

- Advertisement -

Shopee CNY Sale



Pengarah dan pelakon, Farid Kamil tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari Shah Alam pada kira-kira pada jam 2.20 petang Selasa.

Farid hadir ke mahkamah bersama ayahnya, Datuk Dr. Zahari Che Dan dan ibunya Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah.

Laporan JKP & Nyusuz

Pada hari ini akan melibatkan dua prosiding iaitu laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) dan juga sebutan nusyuz bagi kali pertama bagi pasangan selebriti itu.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abdul Hassan menjelaskan bahawa sebelum ini pihaknya pernah memfailkan nusyuz pada 6 April lalu bagi tuntutan yang pertama.

Menurutnya, asas nusyuz tersebut difailkan bukan kerana pihak ketiga.

Asasnya tak boleh balik ke rumah sebab tak jalankan tanggungjawab sebagai suami dan tidak balik ke rumah.

Petang ini juga akan berlangsung prosiding laporan JKP antara Farid dan Diana.

Kedua-dua pihak ada hadir dan mengadakan perbincangan (JKP) tetapi laporan perlu ditunggu.

Jika tidak selesai, mahkamah kena putuskan berlaku shiqaq atau tidak dan seterusnya ke proses hakam.

Dalam pada itu, ketika ditemui Di perkarangan mahkamah, bapa Farid hanya menjawab ringkas tentang prosiding hari ini.

Tiada nak komen apa, cuma saya harapkan yang terbaik.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

MENARIK:  Nurul Shuhada Migrasi ke Australia, Inginkan Permulaan Baharu dengan Anak-Anaknya

Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

@official

Penjelasan dari Peguam Fakhrol Azman yang mewakili Farid Kamil # #fyp #news

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

The following two tabs change content below.

KEMPEN IKLAN

Artikel Terkini

FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

Coretan Hari Ini

Sertai Kami

Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.