27.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aslam & Misya Makan Bersama, Netizen Puji Hubungan Mereka Seimbang – ‘Kenapa Perlu Ada Orang Ketiga?’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    ahmad aslam

    Ahmad Aslam dan anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania masih berdiam diri mengenai dakwaan mereka bernikah di Songkhla, Thailand, pada Disember tahun lalu.

    Makan semeja dengan isteri pertama

    misya aslam

    Terbaru, tular sebuah video yang memaparkan Aslam bersama isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan di sebuah restoran.

    Menerusi perkongsian di akaun @ladybossrafa_hq, Aslam dilihat menemani Misya mendapatkan satu produk suplemen makanan.

    Aslam yang mengenakan t-shirt berwarna hitam kusyuk menikmati hidangan manakala Misya sedang berborak bersama rakan sambil sesekali tertawa kecil.

    Beri kata-kata semangat buatnya.

    Bagaimanapun, momen dalam video itu tidak dapat dipastikan sama ada baru sahaja berlaku ataupun sebelum kemelut rumah tangga Aslam dan Misya.

    Kenapa perlu wujud orang ketiga?

    Marissa anak norman

    Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi fokus kepada kelibat Aslam. Selain itu, warganet turut memuji kecantikan Misya yang putih gebu.

    Alahai itu Aslam ke? Marissa kemain lawa.

    Bini Aslam (Misya) tak akan rugi apa-apa. Yang rugi hanya Aslam. Bini kedua (Marissa) dah biasa hidup senang dari kecil. Sekarang memang bahagia tengok nanti 2 atau 3 tahun Allah uji.

    Sesuai sangat dah tapi kenapa nak kena ada yang ketiga.

    Pada Rabu lalu, kakak ipar kepada Aslam mengesahkan adik iparnya sudah berkahwin dengan Marissa pada 27 Disember lalu.

    Pasangan itu dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama, Misya Mazlan dan keluarga Marissa.

    MENARIK:  Video: Permintaan Hak Seorang Bapa untuk Melawat dan Bermalam Bersama Anak-Anak

    Bagaimanapun, Norman dan Abby terus mengunci mulut sehingga ke hari ini berhubung isu tersebut.

    Malah usaha untuk mendapatkan kenyataan dua selebriti itu juga tidak berjaya apabila mereka tidak membalas pesanan mesej ringkas yang dikirimkan.

    Terdahulu, Marissa menerima kecaman hebat sekitar setahun yang lalu apabila timbulnya dakwaan yang mengatakan dia menjadi orang ketiga dan penyebab kehancuran rumah tangga Misya.

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

    Pada November tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan bekas suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun.

    Menerusi ciapan di X, wanita terbabit mendakwa Marissa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.