Penyanyi dan pelakon Amira Othman berkongsi pandangannya mengenai soal jodoh menerusi podcast What’s Nex(t) di TikTok baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Tak Pernah Tahu ‘Password’ Fattah Amin – ‘Telefon Dia Sudah Terbuka, Saya Cuma Tekan Slide’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hantaran Amira Othman Beri Bayangan Jelas? Netizen ‘Nervous’ Duduk Dalam ‘Close Friends’
‘Saya mencari seorang lelaki yang penyabar’
Ketika hos iaitu penyampai radio Radin bertanya mengenai status bakal suami pilihannya, Amira menjelaskan bahawa status bukanlah keutamaannya dalam memilih pasangan, asalkan lelaki tersebut bukan suami orang.
Pada saya status tu tak penting, asalkan lelaki itu bukan suami orang
Bagaimanapun, Amira menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai pilihan masing-masing dan tiada salahnya jika ada yang mengutamakan status.
Ia bergantung juga pada kesesuaian seseorang.
Ada sesetengah orang rasa benda (status) tu penting. Pada saya itu bergantung pada pilihan masing-masing, sebab tiada kesalahan pun apa yang korang pilih.
Asalkan sendiri tahu bagaimana keadaan dan situasi itu. Kalau rasa boleh, teruskan saja.
Sementara itu, apabila ditanya mengenai ciri-ciri calon suami idaman, Amira menjawab dia mahu pasangan yang memiliki sifat sabar.
Saya mencari seorang lelaki yang penyabar.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Asalkan Bukan Suami Orang’ – Amira Othman Kongsi Kriteria Lelaki Idaman, Mahu Yang Penyabar first appeared on OHBULAN!.