Gambar sekadar hiasan
Kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa hamil anak kepada seorang selebriti lelaki. Lebih teruk lagi, lelaki itu enggan bertanggungjawab dan menggesa supaya kandungan itu digugurkan.
Paksa suruh gugur
@shrimpippy8621p Orang tuanya abaikan msg2 kami dan lepas tangan. #Fyp #fyp? #fyp??viral #fypagee #SayaTersakiti #perlakonmalaysia #pelakonmalaysia #pelakonlelaki #tolongsayatakut #mengandung #curangitupilihanbukankesilapan #pelakonMalaysiaCurang #mengandungAnakPelakon #Paksaangugur #masukberanda #malaysiatiktok #artismalaysia #artislelakimalaysia #lepastangan #Fyp #fypage ? Sedang Apa Dan Dimana – Afiq Adnan
Menerusi hantaran di TikTok, wanita itu mendakwa pada awalnya artis terbabit ingin menyembunyikan ketelanjuran daripada pengetahuan keluarga.
Namun, wanita tersebut nekad memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapa selebriti itu namun tidak dilayan.
Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya.
Ibu saya ada hubungi kedua ibu lelaki itu tetapi mereka memilih untuk tidak mempedulikan.
Jangan malukan keluarga
Selain itu, di entri berbeza, wanita terbabit juga memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan WhatsApp dengan ibu dan artis itu. Wanita itu juga berkongsi perbualan bersama lelaki berkenaan yang mempertikaikan siapa bapa kepada anak dalam kandungannya.
Dalam pada itu, wanita yang sudah buntu memohon pendapat orang ramai untuk menyelesaikan kemelut itu di samping menekankan dia bukan inginkan perhatian.