28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 12, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Aku Dah Penat Hidup Dengan Orang Yang Manipulatif, Narsistik’ – Siti Jamumall

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Usahawan kontroversi, Siti Jamumall berkongsi luahan hati selepas lapan hari berdepan pelbagai kecaman berhubung rumah tangganya.

    ‘Cukup-cukuplah 8 hari aku bersedih’

    @sitijamumallAku pilih untuk “EXIT”? original sound – sitijamumall

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform TikTok, Siti atau nama sebenarnya Suriani Wahiddin, 26, mendedahkan keperitan yang dialaminya dalam rumah tangga.

    Cukup-cukuplah 8 hari aku bersedih, kena maki, macam-macam korang cakap pasal aku. Aku seorang je tahu apa yang terjadi dalam rumah.

    Isteri kepada pempengaruh, Aiman Tak Kesah ini juga menyifatkan dia begitu terseksa dan menderita kerana hidup dengan individu yang manipulatif.

    Aku dah penat hidup dengan orang yang manipulatif. Siapa hidup dengan suami NPD (Narcissistic Personality Disorder), dia akan tahu.

    Dalam pada itu, Siti turut memaklumkan bahawa dia kini tekad untuk keluar daripada kehidupannya yang dahulu dan akan memberi sepenuh fokus kepada dirinya dan anak-anak.

    Sekarang ni aku kena fokus, tak ada sesiapa pun nak nafkahkan anak-anak dan diri aku. Cakap je boleh, tapi tindakan tak ada. Jadi lebih baik aku fokuskan dekat diri aku.

    Mulai hari ini, aku akan kuatkan hati aku. Korang akan nampak ‘the new me, the new reborn Siti Jamumall’. Aku yang lama dah ‘mati’. Aku nak tutup semua yang berlaku, aku tak nak ingat dah.

    Aku akan bangkit semula dan aku yakin ini adalah permulaan yang Allah nak bagi lebih untuk aku.

    Dalam video berkenaan, Siti turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi nasihat dan sokongan moral sepanjang waktu sukar yang dilaluinya.

    MENARIK:  ‘Wanita Tidak Memerlukan Wang Daripada Lelaki, Tidak Perlu Bertingkah Seperti Kami Yang Mengambil Kedudukan Wang Anda..Kami Tidak Berminat’ – Intan Najuwa

    Luahan ini nyata mengundang pelbagai reaksi daripada para pengikutnya yang rata-rata memberikan sokongan dan mendoakan agar Siti terus kuat menghadapi cabaran hidup.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.