Penyampai radio dan pelawak terkenal, Ajak Shiro menyentuh hati warganet apabila memborong kesemua ayam percik yang dijual oleh sepasang suami isteri warga emas, baru-baru ini.
‘Mereka kaya dengan kasih sayang
@ajakshiro_ Haritu ternampak Makcik dengan Pakcik ni meniaga..Sekali sembang2 terdengar dia panggil Suami dia Ayang…Suami dia pulak panggil dia Manja..Rasa jealous..Diorang kaya dengan kasih sayang..Semoga Allah kurniakan kesihatan buat mereka berdua? . Ajak pernah juga meniaga tepi jalan gini masa kecik2 dulu..Berbunganya hati kalau jualan habis dan dapat tutup kedai awal..Boleh balik main dengan kawan2.. Sekarang Alhamdulillah..Allah bagi team yg bagus utk berniaga..Ni aku pakai duit Bumbu Babah…Sebab memang dah niat..Aku bukan fikir nak untung sangat..Asalkan tak rugi ok dah… . Jangan lupa singgah cawangan terbaru Bumbu Babah di Central I City Shah Alam eh..Tadi baru first day..Weekend ni boleh singgah eh? . #lensababah #bumbubabah #nasipadang #sayaajakdansayatidaksombong ? original sound – Ajak Shiro
Dalam video yang dikongsikan di TikTok, Ajak dilihat mengunjungi sebuah gerai tepi jalan milik pasangan tersebut. Apa yang membuatkan hatinya tersentuh bukan sekadar usaha mereka mencari rezeki, tetapi kemesraan dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pasangan berkenaan.
Hari itu ternampak mak cik dan pak cik ini berniaga. Sekali sembang-sembang terdengar dia panggil suami dia Ayang dan suaminya pula panggil dia Manja.
Rasa cemburu mereka kaya dengan kasih sayang. Semoga Allah kurniakan kesihatan baik buat mereka berdua.
Penyampai radio Suria FM itu turut memberikan sejumlah wang kepada pasangan itu namun tidak mendedahkan jumlahnya.
Dalam pada itu, Ajak turut berkongsi pengalamannya yang pernah berniaga ketika kanak-kanak sama seperti pasangan terbabit selain mengakui dia memahami perasaan gembira yang dirasai oleh peniaga kecil apabila jualan habis lebih awal daripada biasa.
Saya pernah meniaga tepi jalan begini masa kecil dulu. Berbunga-bunganya hati kalau jualan habis dan dapat tutup kedai awal.
Boleh balik main dengan kawan-kawan. Sekarang, alhamdulillah Allah bagi pasukan yang bagus untuk berniaga.
Ini saya pakai duit restoran sebab memang sudah niat. Bukan nak fikir untung sangat, asalkan tak rugi okey dah.
Perkongsian tersebut menerima respon positif daripada warganet yang rata-ratanya memuji sifat pemurah Ajak. Mereka juga mendoakan agar Ajak dan pasangan warga emas itu dimurahkan rezeki.
Paling seronok dioorg doakan, ingat senang ke nak orang doakan kita.
Ini ada salah satunya aku nak jadi kaya.
Mak cik ini dulu jiran kita, ayam percik dia memang sedap.
Ajak ni bukan menunjuk, dia nak sampaikan kepada manusia selagi ada daya dan upaya, sama-sama lah kita saling membantu.
Alhamdulillah, semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki buat kedua-dua pak cik dan mak cik ni, untuk Ajak Shiro juga.