26.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Aeril Zafrel Dedah Lebih Daripada 10 Barang Aneh Yang Pernah Keluar Dari Badan – ‘Lepas Maghrib Aku Akan Sesak Dada’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    aeril mistik

    Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel mendedahkan pernah mengalami kejadian mistik selepas kematian bapanya.

    Pendedahan Aeril

    @serapodcast

    Sangat-sangat exclusive geng! Patut la Aeril lama tak berlakon, baru tau sebab apa geng. Buat pertama kali @aerilzafrel buka cerita pasal ayah dia dan kisah “MISTIK” yang selama ini orang tak tahu. Nak tau kisah lanjut, jangan lupa tengok episode 03 di YouTube Serapodcast. #serapodcast #serapod #levelup #podcast

    ? original sound – serapodcast – serapodcast

    Menerusi temu bual bersama Sera Podcast, pemilik nama sebenar Suhairil Sunari itu berkata, selepas bapanya meninggal dunia dia kurang aktif dalam dunia seni kerana sering berasa sakit terutama ketika waktu senja.

    Susulan itu, Aeril mendapatkan rawatan untuk mengubati penyakit mistik tersebut.

    Kehidupan aku sebelum apa aku jadi sekarang ini dan kenapa aku kurang berlakon selama ini adalah selepas ayah aku meninggal.

    Aku sakit, selepas maghrib je aku akan sesak dada dan aku pergi berubat. Bila aku berubat, macam-macam benda yang keluar daripada badan aku.

    Paling mengejutkan adalah semasa mendapatkan rawatan, aktor berusia 36 tahun itu mendapati terdapat pelbagai benda aneh yang keluar daripada tubuh badannya.

    Apa je yang tak pernah keluar..dawai, paku, kemenyan, setanggi, pisau dan pasir. Lebih dari 10 barang.

    Aku pun tak pernah bayangkan benda ini macam mana boleh ada dalam badan aku. Benda-benda ini berjaya dikeluarkan.

    Suami kepada aktes Wawa Zainal itu berkata, perkara tersebut secara tidak langsung memberinya pengalaman terutama ketika menjayakan naskah lakonan bergenre mistik.

    Bila aku melalui proses berubat, ‘benda itu’ dekat dengan aku. Jadi aku faham perubatan ini macam mana.

    Kadang-kadang bila ada watak-watak yang macam ini, aku dah melalui dengan fasa-fasa itu. Aku sudah berhadapan pun dengan makhluk-makhluk yang cuba untuk menyakitkan aku. Jadi ianya tidak begitu asing untuk aku.

    MENARIK:  VIDEO: Ibu Mentua Saya Tahu Kisah Silam.. Dia Tak Marah, Membimbing Dengan Cara Yang Betul - Shaniena Natasya

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.