30 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 18, 2025
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    UTV Angkat Bakat Baharu, Cungkil Kreativiti & Idea Segar Karya Tempatan

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale

    Landskap hiburan tempatan melangkah ke fasa baharu dengan kemunculan sebuah platform penstriman digital eksklusif (OTT) dikenali sebagai UTV, yang diperkenalkan dengan slogan ‘Stream For You.

    Cungkil bakat baru

    Platform ini dibangunkan oleh Usanita Sdn Bhd, bukan sahaja sebagai medium hiburan, malah sebagai pintu masuk untuk bakat kreatif tempatan menonjol di pentas lebih luas.

    Presiden UTV merangkap CEO Usanita Group, Datuk Adzliana Prof. Dato Sri Dr. Hasan (Datuk Nana), menjelaskan bahawa ilham melahirkan UTV datang daripada pengalaman panjang Usanita bersama industri seni tempatan serta kerjasama dengan rangkaian antarabangsa.

    Beliau menegaskan setiap karya seni wajar dilihat lebih daripada sekadar tontonan.

    Industri seni adalah nadi masyarakat. Ia bukan sekadar hiburan, tetapi warisan yang mengangkat budaya, identiti dan kisah hidup kita. Dari inspirasi itu, kami lahirkan UTV sebagai platform yang bukan hanya menyiarkan karya, tetapi juga memberi ruang kepada idea baharu untuk direalisasikan.

    Saya percaya ramai penulis skrip, penerbit dan kreator di luar sana menyimpan jalan cerita yang hebat tetapi belum ada peluang. UTV hadir untuk membuka pintu itu.

    Berbeza dengan kebanyakan OTT lain, UTV menggunakan pendekatan Pay Per Content, di mana penonton hanya membayar untuk karya pilihan mereka tanpa perlu melanggan pakej penuh. Strategi ini memberi nilai eksklusif serta fleksibiliti mengikut minat pengguna.

    Lebih menarik, UTV turut membuka peluang pitching kepada semua peringkat daripada penerbit besar, pembikin indie sehinggalah penulis skrip baharu.

    Kita sering dengar keluhan kreator muda yang sukar mencari ruang menayangkan idea mereka. Ada yang menulis skrip bertahun-tahun, ada yang menyimpan sinopsis penuh potensi, tetapi akhirnya tersimpan di laci kerana tiada platform untuk direalisasikan.

    Di UTV, kami mahu ubah keadaan itu. Hantar idea anda, jangan takut mencuba. Jika ia kuat, kami sedia menilai, membimbing dan membawa karya itu ke skrin UTV.

    Para kreator boleh menghantar cadangan dan sinopsis melalui e-mel [email protected] atau media sosial rasmi UTV: Instagram @utv.official dan TikTok @utvoriginal.

    Untuk permulaan, UTV membariskan lima segmen utama:

    1. UTV Original – Drama dan telefilem premium seperti Saling Tak Terlihat (Remy Ishak, Nora Danish), Langit Tanpa Bintang (Nabila Huda, Hasnul Rahmat), Diari Air Mata (OST Ajai & Aisha Retno), Poskad Cinta Dari Auckland (Fattah Amin, Amira Othman), Anak Mak (Sheila Rusly, Sophia Albarakbah), Aku Cinta Dia (Zoey Rahman, Fattah Amin), serta Hantu Cinta Kamu (Zizan Razak, Sherry AlHadad, Nora Danish).

    MENARIK:  Video: Neelofa Membalas Dakwaan Tidak Bertimbang Rasa Ketika Memberi Pendapat - 'Topik Mengenai Mak Ayah Tidak Mudah Untuk Diperdebatkan'

    2. UTV Music – Persembahan eksklusif seperti Showcase Janji (Dayang Nurfaizah) dan A Night With Aina Abdul 3.0.

    3. UTV Podcast – Konten bual bicara segar termasuk Hitam Putih, Ruang Usanita serta akan datang Next Gen Ummah.

    4. UTV Talkshow – Sesi santai berinformasi seperti Unwrapped: Kisah Disebalik Spotlight dan Cook With Sheila Rusly.

    5. UTV Smart – Gabungan hiburan & ilmu seperti Bootcamp Usanita dan Online Business Game 101 with Zoey Rahman.

    Dengan tawaran ini, UTV diyakini mampu menjadi pemacu kepada kelahiran karya asli Malaysia yang berdaya saing di pasaran global.

    The post UTV Angkat Bakat Baharu, Cungkil Kreativiti & Idea Segar Karya Tempatan first appeared on OHBULAN!.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.