25.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, November 27, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Ucapan DJ Sonic Sempena Ulangtahun Fazura: ‘Hebat Wanita Ini, Sentiasa Menjaga Maruah & Tutur Kata Berhemah untuk Mengelakkan Sebarang Kecederaan’

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Sempena hari ulang tahun kelahiran Fazura hari ini, penyampai radio DJ Sonic menitipkan ucapan istimewa buat sahabat baiknya itu.

    Hebat wanita ini

    Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Dj Sonic mengucapkan selamat hari lahir buat aktres jelita itu. Dj Sonic mendoakan setiap perjalanan hidup Fazura dipermudahkan oleh Allah.

    Hadirkan segala kegembiraan, kurniakan kesihatan yang baik ! Sinari cahaya baru dalam perjalanan seterusnya. Hapuskan memori pahit ,kekal kuat untuk harungi segala ujian Allah.

    Menjadi ibu hebat untuk Nyamma dan keluarga Faz. Hebat wanita ini, tetap jaga aib, jaga tutur kata supaya tiada siapa yang terluka hakikatnya hanya dia yang tahu apa yang berlaku. Terus kuat, Ramai sayang Faz ! Aamin

    Terdahulu, Dj Sonic memberitahu kepada sahabat baiknya itu tidak pernah bercakap buruk mahupun bercerita mengenai masalah rumah tangga kepada sesiapa.

    Dengan nama Allah Fazura tidak pernah bercerita hal rumah tangga dia dengan saya.

    Mengenali Fazura, dia tak pernah bercerita buruk tentang Fattah sebaliknya dia selalu memuji suaminya itu seorang bapa yang baik.

    Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor bagi memfailkan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin.

    Bagaimanapun, Fattah memaklumkan terkejut apabila menerima berita isterinya memfailkan perceraian dan hanya mengetahui perkara itu menerusi media sosial.

    Fattah berkata, dia masih menyayangi Fazura dan menegaskan tiada wanita lain yang menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

    MENARIK:  [VIDEO] Zizan Berikan Kejutan dengan Memelawa Motor kepada Bapanya – ‘Dia Dahulu Masa Kecil Melayan Kami, Kini Gukurnya Saya’

    Sementara itu, Fazura pula memilih mengunci mulut mengenai perceraian yang difailkan itu.

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.