28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 26, 2024
KEMPEN IKLANSambal Nyet Berapi
More
    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    Tips Watie Berkongsi Bagaimana Untuk Berumah Tangga Dengan Lelaki Duda: Pujuk Hati & Selawat Serta Merta

    - Advertisement -

    Shopee CNY Sale



    Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib iaitu Watie Hanifiah berkongsi tips dengan warganet tentang berumah tangga bersama lelaki duda yang kehilangan isteri.

    Pendapat Watie

    watie 5k

    Menerusi ruangan soal jawab di Instagram Story, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah berkata, isteri perlu bersabar dengan pasangan dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

    Tips dia, kena tahu dulu apa yang kita pilih. Kalau itu adalah pilihan kita jadi kena banyakkan bersabar.

    Kalau ada benda terasa cepat-cepat baca selawat..cakap dalam diri, ‘tak apalah dunia hanya pinjaman.

    Hidup, hati dan perasaan manusia ini Allah yang punya. Kita nak fikir sangat pun satu masa Allah ambil nyawa kita dan suami, jadi tetap tak ada apa juga yang ditinggalkan.

    Dalam masa yang sama, Watie juga menegaskan bahawa para isteri seharusnya memiliki fikiran yang positif agar dapat mengecap bahagia bersama suami.

    Kalau kita berfikiran baik, insyaAllah ganjaran yang baik Allah beri.

    Tapi kalau nak fikir negatif, maknanya kita cari jalan gaduh, jalan bermasalah..apa yang kita dapat?

    Mood tak happy, hari-hari yang kita nak lalui pun kita takkan rasa gembira.

    Perlu berdoa

    watie uwais

    Menurut usahawan berusia 36 tahun itu, terasa hati dengan pasangan adalah normal namun tidak boleh terlalu melayan emosi.

    Selain itu, doa juga menjadi antara petua kebahagiaan hidup berumah tangga.

    Nak terasa tu boleh, tapi cepat-cepat pujuk hati dengan berkata,’tak apalah semua pun Allah punya.’ Dia boleh bagi, Dia boleh ambil.

    Yang penting kita kena selalu doa, minta dekat Allah. Semoga Allah beri kita rasa kasih, cinta, rindu dalam hati suami dan anak-anak..untuk kita dan begitu juga kita kepada mereka.

    Sekadar info, Shuib mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

    MENARIK:  Mahmud Jumaat Menolak Permintaan Mewakili Ibu Zayn Rayyan – ‘Kes ini Tidak Sesuai untuk Saya sebagai Peguam’

    Terdahulu, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata. Namun Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

    The following two tabs change content below.

    KEMPEN IKLAN

    Artikel Terkini

    FACEBOOK GROUP RASMIKhairulaming Fans ClubKhairulaming Fans Club
    KEMPEN IKLANSambal Nyet BerapiSambal Nyet Berapi

    Coretan Hari Ini

    Sertai Kami

    Dapatkan berita terkini, informasi & perkongsian menarik.